MODEL Gaji Progresif (PWM) yang dilancarkan untuk pekerja bergaji rendah dalam industri pembersihan, keselamatan dan landskap akan disesuaikan untuk golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).
Demikian dinyatakan pemimpin baru gerakan buruh, Encik Chan Chun Sing, tentang haluan seterusnya bagi PWM memandangkan rancangan melancarkan model tersebut dalam ketiga-tiga industri yang disasarkan pemerintah itu sudah terlaksana.