Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Model gaji progresif dilanjut bagi sektor pengurusan sisa

Jawatankuasa tiga pihak ditubuh laksana PWM, 3,000 pekerja dijangka raih manfaat
Jan 27, 2021 | 05:30 AM



MODEL gaji progresif (PWM) yang bertujuan menambah gaji golongan pekerja bergaji lebih rendah seiring peluasan kemahiran mereka akan dilanjutkan kepada sektor pengurusan sisa.



Sekitar 3,000 pekerja setempat dalam bidang pengurusan sisa akan menyertai PWM apabila ia dilaksanakan, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Sebuah jawatankuasa Kelompok Tiga Pihak bagi Pengurusan Sisa (TCWM) akan ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan PWM bagi sektor tersebut.



Ia akan dipengerusikan bersama oleh Pengarah Operasi dan Pengerahan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Fahmi Aliman, dan Timbalan Setiausaha Kehormat Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), Encik Felix Loh.



Dalam kenyataannya, MOM berkata jawatankuasa itu juga akan disertai wakil syarikat-syarikat pembeli dan pembekal khidmat, serta kesatuan dan agensi pemerintah.



Menambah, MOM berkata TCWM telah menetapkan memberikan saranan bagi PWM dalam separuh kedua tahun ini.



Antara lain, ia dijangka memberi usulan untuk membangunkan tangga kerja, keperluan latihan dan tanda aras gaji bagi PWM tersebut.



Dalam pada itu, TCWM juga akan berunding dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam proses untuk memastikan PWM dilakarkan mengikut ciri-ciri unik sektor tersebut selain memanfaatkan kesemua pihak berkepentingan.



Semalam, Menteri Negara Kanan bagi Tenaga Manusia, Encik Zaqy Mohamad, yang mempengerusikan Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerja Bergaji Rendah sejak ia ditubuhkan Oktober lalu, telah melawat SembWaste, sebuah pembekal huraian pengurusan sisa.



Dalam lawatannya, beliau telah diberitahu dengan lebih mendalam usaha pemain industri dalam menawarkan peluang kerjaya selain menyediakan sekitaran kerjaya lebih baik bagi pekerja bergaji rendah dalam industri pengurusan sisa.



Turut menyertainya dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Dr Koh Poh Koon; Encik Fahmi dan Encik Loh.



Mengulas mengenai usaha memberi manfaat kepada lebih ramai pekerja menerusi PWM, Encik Zaqy berkata dalam sekitaran ekonomi yang mencabar sekarang, adalah penting untuk terus mendekati majikan, pekerja dan pemimpin kesatuan.



"Usaha ini bukan sahaja untuk meningkatkan taraf gaji para pekerja secara progresif malah lebih daripada itu, ialah meningkatkan kemahiran dan produktiviti mereka.



"Kita juga akan mengkaji bagaimana dapat melakukan ini dengan baik.



"Jadi kami nantikan saranan daripada jawatankuasa baru bagi melaksanakan PWM ini," ujarnya.



Lanjutan PWM bagi sektor yang kelima itu merupakan langkah pertama dalam usaha meluas kumpulan Kerja Perikatan Tiga Pihak bagi Pekerja Bergaji Rendah (TWG-LWW) untuk membangunkan peta jalan selain menawarkan laluan kemajuan kerjaya lebih jelas bagi pekerja dalam bidang itu bagi meraih gaji lebih baik sedang mereka meningkatkan kemahiran dan produktiviti.



Buat masa ini, PWM merangkumi sektor landskap, keselamatan dan pembersihan.



Pemerintah, pada 2018, telah menerima usulan dari jawatankuasa serupa untuk meluaskan PWM ke sektor lif dan landskap.



PWM bagi sektor itu dijadual berkuatkuasa pada 2022.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >