Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA (MOM)

Model Gaji Progresif dilanjut dalam jangka pendek

Merangkumi hampir 218,000 pekerja, lebih seganda berbanding 85,000 masa kini
Mar 04, 2021 | 05:30 AM



MODEL Gaji Progresif (PWM) akan dilanjutkan dalam jangka pendek untuk merangkumi hampir 218,000 pekerja, lebih seganda berbanding 85,000 pekerja pada masa ini.



Bercakap di Parlimen semalam, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad berkata peluasan itu merangkumi sehingga 80,000 pekerja setempat dalam sektor khidmat makanan dan sektor runcit, yang mempunyai antara jumlah terbesar pekerja bergaji lebih rendah.



Menambah, Encik Zaqy berkata sekitar 50,000 pekerja pembersihan, pegawai keselamatan dan pekerja landskap dalaman atau 'in-house' juga akan dirangkum dalam PWM tidak lama lagi.



Pada masa ini, PWM bagi khidmat yang disumber luar bagi sektor pembersihan, keselamatan dan landskap adalah mandatori.



Ia dijadual menjadi mandatori bagi sektor penyenggaraan lif dan tangga bergerak pada tahun depan.



Selain sektor-sektor itu, lima lagi sektor - pengurusan strata, pengurusan haiwan perosak, teknologi suria, pengurusan sisa dan dagang runcit, sedang diusahakan dan berada di peringkat pelaksanaan berbeza-beza.



Menyertai perbahasan bagi belanjawan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam, Encik Zaqy berkata beberapa jawatankuasa perikatan tiga pihak yang merangkumi wakil pemerintah, pergerakan buruh dan majikan telah dibentuk.



Jawatankuasa-jawatankuasa itu akan memberikan cadangan bagi pelaksanaan PWM ke sektor-sektor baru menjelang penghujung tahun ini.



Menjawab soalan berasingan yang diajukan Ketua Pembangkang Pritam Singh dan Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Koh Poh Koon mengenai keprihatinan tentang syarikat yang mengambil kesempatan mengaup untung berlebihan dengan peluasan PWM ke sektor-sektor baru, Encik Zaqy berkata MOM sedang memantau keadaan ini dan meneroka pilihan untuk bertindak dengan agensi-agensi pemerintah yang lain.



Encik Singh telah berkongsi bagaimana sebahagian vendor penyenggaraan lif telah menaikkan harga semasa berbincang dengan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC).



Memberi respons, Encik Zaqy berkata sejak PWM bagi penyenggaraan lif menerusi kontrak pemerintah diperkenalkan pada 2019, gaji bulanan media teknisyen lif sepenuh masa setempat telah bertambah daripada sekitar $3,300 pada 2017 kepada hampir $3,800 pada 2019.



"Namun, pada masa yang sama, usaha kita mungkin mendatangkan sebahagian kesan ke atas harga pengguna. Ini menekankan mengapa rakan kongsi tiga pihak perlu berbincang secara teliti sedang kita meluaskan PWM ke lebih banyak sektor," kata Encik Zaqy.



"Tiada syarikat harus mengaup untung secara tidak adil menerusi PWM, tapi kita juga perlu sedar langkah-langkah sedemikian diiringi kesan tertentu."



Dalam pada itu, pemerintah juga akan mempertingkat sokongan bagi pekerja yang lebih mudah terjejas, terutama yang lebih berusia dan kurang upaya.



Semasa mengumumkan Belanjawan 2021 bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri (DPM) Heng Swee Keat berkata pemerintah akan menokok $223 juta ke Geran Pengamal Awal bagi Pengambilan Pekerja Lanjut Usia dan Geran Pengambilan Bekerja Semula secara Sambilan.



Bagi golongan kurang upaya pula, 1,200 peluang pekerjaan, program pelatih, kenal suai kerja dan latihan kemahiran akan disediakan menerusi Skim Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >