Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Model Gaji Progresif ditinjau bagi sektor khidmat makanan

Zaqy: Perlu ditentukur teliti kerana pendapatan lebih tinggi pekerja boleh sebabkan pengguna tanggung kos lebih tinggi
Feb 05, 2021 | 05:30 AM



PELANGGAN mungkin perlu membayar lebih apabila menjamu selera di luar agar pekerja bergaji rendah, termasuk tukang masak, pelayan dan penolong dapur, boleh menikmati gaji lebih tinggi.



Ini mungkin antara kesan langkah meningkatkan pendapatan pekerja bergaji rendah dalam sektor perkhidmatan makanan, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) Zaqy Mohamad semalam.



Beliau berkata demikian kepada media selepas berkunjung ke restoran Jumbo Seafood di Upper Circular Road, untuk memahami lebih mendalam rintangan dalam usaha mempertingkat pekerja bergaji rendah dalam sektor perkhidmatan makanan.



Encik Zaqy berkata Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerja Bergaji Rendah yang dipengerusikannya sedang meninjau cara mempertingkat kesejahteraan pekerja sektor itu.



Satu pendekatan yang ditinjau ialah memperluas Model Gaji Progresif (PWM) ke sektor perkhidmatan makanan, dengan pendapatan meningkat sejajar dengan latihan kemahiran serta peningkatan daya penghasilan.



Namun, pendapatan lebih tinggi juga boleh menyebabkan kos lebih tinggi yang mungkin perlu ditanggung pengguna, ujar Encik Zaqy.



"Pastinya ada unsur kami mungkin perlu menyemak struktur kos, harga dan bagaimana ini boleh menjejas pengguna.



"Kalau kita melakukan terlalu banyak, kesannya pada pengguna juga besar, tetapi kalau kita terlalu sedikit, ia akan mengundang kritikan bahawa usaha kami membantu pekerja bergaji rendah tidak berkesan.



"Kita perlu mententukur usaha kita," katanya.



Sekitar 60 peratus pekerja tempatan sepenuh masa sektor tersebut menerima gaji yang berada pada atau dibawah tahap gaji persentil ke-20 tenaga kerja tempatan.



Dalam meneliti idea kenaikan gaji progresif, kumpulan kerja itu sedang meneroka apakah jika dapat diterapkan dalam pelbagai sektor makanan, yang merangkumi daripada restoran mewah dan makanan segera hingga ke kedai kopi dan katerer makanan.



Encik Zaqy berkata kumpulan kerja itu perlu menimbangkan bahawa syarikat di sini mungkin berada pada tahap pemulihan berbeza daripada pandemik Covid-19 selain mempunyai kebimbangan tentang kos perniagaan.



Kumpulan kerja itu juga perlu lebih banyak masa untuk membuat penilaian terhadap pelbagai subsektor.



"Terdapat segmen berbeza yang perlu kita nilai, dan juga mengambil langkah berhati-hati dalam cara kita menerapkan PWM jika kita memutuskan melakukannya."



Pendekatan PWM menetapkan gaji minimum bagi pekerja tempatan dalam pelbagai peranan sepanjang kerangka kerjaya dan kemajuan kemahiran. Ia juga menggariskan jalan kemajuan kerjaya bagi pekerja sektor itu.



Sejak dibentuk Oktober tahun lalu, kumpulan kerja tiga pihak itu telah mengkaji pelbagai sektor yang dapat menerapkan model gaji progresif.



Kumpulan tersebut terdiri daripada pemimpin industri daripada Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), pemimpin kesatuan sekerja dan pegawai kanan pemerintah daripada agensi terlibat dengan pekerja bergaji rendah.



Ia bertujuan memberi kemas kini sementara menjelang pertengahan tahun ini dan menyelesaikannya pada suku pertama 2022.



Turut menyertai Encik Zaqy pada lawatan semalam ialah Pengarah Eksekutif SNEF, Encik Sim Gim Guan, dan Cik Yeo Wan Ling, Pengarah U SME, iaitu rangkaian di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) yang menjaga keperluan sektor syarikat kecil dan sederhana (SME).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >