Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB: PEKERJA, PENDIDIKAN DAN LATIHAN

Model Kemajuan Kerjaya diperluas kepada kerja 'pertukangan'

Apr 18, 2023 | 05:30 AM



MODEL Kemajuan Kerjaya (CPM) akan diperluaskan kepada tukang paip, juruelektrik dan juruteknik penghawa dingin untuk memastikan bekalan penduduk setempat yang memilih kerjaya ini cukup untuk memenuhi keperluan negara, kata Menteri Negara (Pejabat Perdana Menteri), Encik Desmond Tan.



Beliau, yang juga Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), menambah bahawa ini merupakan antara usaha meluaskan peluang kerjaya bagi semua warga Singapura.



Buat masa ini, terdapat lebih 50,000 pekerja setempat dalam perdagangan elektrik dan elektronik, dan pembangunan, antara lainnya.



"Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat tentang 'jurang bidang yang memerlukan kemahiran' apabila generasi yang lebih tua bersara, ditambah pula dengan kekurangan calon yang layak untuk melakukan pekerjaan ini," kata Encik Tan.



"NTUC mahu memastikan bekalan penduduk setempat yang mampan ke dalam perdagangan ini untuk memenuhi keperluan negara kita," tambahnya.



Beliau berkata tiga bidang asas yang mempunyai kesan langsung terhadap kehidupan seharian warga Singapura - tukang paip, juruelektrik dan juruteknik penghawa dingin - akan diberi fokus.



"Menyokong pekerja-pekerja ini juga merupakan sebahagian daripada kompak sosial kami untuk menjadi masyarakat yang lebih inklusif, yang menghargai bukan sahaja kemahiran kognitif tetapi juga kemahiran teknikal," ujar Encik Tan.



Satu lagi golongan pekerja yang mahu didekati ialah belia, yang berdepan dengan landskap pendidikan dan pekerjaan yang lebih mencabar.



"Pekerja muda kita, yang memulakan langkah pertama dalam kerjaya mereka, akan memerlukan lebih banyak sokongan.



"Kami mahu tenaga kerja masa depan kita dapat mempunyai impian besar, bercita-cita tinggi dan mencapai potensi penuh mereka dalam pelbagai peluang kerjaya," jelasnya.



Dalam ucapannya semasa perbahasan ucapan Presiden Halimah Yacob, Encik Tan turut menggariskan usaha meningkatkan jaminan dan perlindungan kerjaya.



"Kami mahu menyokong pekerja kami dengan kebimbangan segera mereka dalam menangani kos sara hidup yang lebih tinggi, dan juga dalam menangani isu jangka pertengahan hingga panjang mengenai keselamatan pekerjaan, sokongan pengangguran, kecukupan persaraan dan sokongan penjagaan," ujar beliau.



Bagi pekerja bergaji rendah, Gerakan Buruh telah secara aktif menggalakkan lebih ramai pekerja dilindungi di bawah Model Gaji Progresif (PWM).



Bagi pekerja pertengahan kerjaya, terutama mereka yang berusia 40-an hingga 50-an tahun, Gerakan Buruh akan terus menyokong (advocate) sokongan pendapatan bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, terikat dengan pencarian kerja aktif dan kemahiran semula.



Ini kerana golongan tersebut lebih terdedah kepada gangguan industri atau penstrukturan semula dan mereka berada dalam kedudukan yang sangat tidak menentu sekiranya mereka kehilangan pekerjaan, kerana mereka biasanya mempunyai lebih banyak tanggungan dan tanggungjawab kewangan.



Bagi golongan penjaga pula, mereka sering berdepan dengan cabaran mengimbangi aspirasi kerjaya, kewangan dengan tanggungjawab penjagaan mereka.



"Kami ingin melihat bagaimana kami boleh memberikan lebih banyak sokongan dalam bidang ini, untuk mengurangkan kedua-dua beban mental dan emosi kepada para penjaga," kata Encik Tan.



Beliau juga berkata bahawa NTUC mahu memastikan Ketahanan Kerjaya, lebih-lebih lagi sedang pasaran kerja global berubah dan pekerja dijangka melalui perubahan serta gangguan dalam kerjaya mereka.



"Untuk merancang bagi jangka masa yang lebih panjang, NTUC akan menyokong pekerja kami untuk mengendalikan perubahan kerjaya, dengan membangunkan kemahiran baru dan mendalami kemahiran sedia ada untuk kekal relevan dan berdaya saing," katanya.



Beliau turut menekankan kepentingan mendapatkan sokongan daripada semua rakan kongsi tripartite untuk memastikan set kemahiran pekerja kekal relevan dan perniagaan mempunyai pekerja yang mencukupi untuk mengekalkan ekonomi masa depan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >