Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Model Lego Istana bakal dilancar sempena ulang tahun Istana ke-150

Apr 25, 2019 | 06:23 PM



 





PRESIDEN Halimah Yacob akan melancarkan model Lego mirip bangunan Istana sempena ulang tahun Istana yang ke-150.



Ia akan dilancarkan di Rumah Terbuka Istana pada Hari Buruh 1 Mei ini, memaparkan seni bina Neo-Palladian dalam Istana, lengkap dengan beranda dan persekitaran Istana.



Pengunjung yang menyumbang minimum $70 kepada Cabaran Presiden boleh mendapatkan model lego tersebut.



Selain itu, rumah terbuka dari 8.30 pagi hingga 6 petang itu akan memaparkan pelbagai aktiviti ‘hands-on’.



Pengunjung berpeluang ke ‘luar angkasa’ dan memandu Mars Rover, menggunakan teleskop untuk melihat matahari dengan lebih dekat serta ‘melancarkan’ roket air atau kering di padang.



Pelbagai persembahan istimewa akan diadakan, termasuk oleh Delta Senior School dan Rainbow Centre.



Tiada bayaran masuk ke kawasan Istana dikenakan bagi warga Singapura dan penduduk tetap. Pengunjung lain dikendakan bayaran masuk $2.



 



Bayaran lain dikenakan bagi lawatan berpandu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >