Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Model urus pusat penjaja akan diperhalusi demi tawar kos berpatutan

Sep 08, 2018 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan terus menilai dan memperhalusi model pengurusan pusat penjaja untuk menawarkan makanan dengan harga berpatutan kepada pembeli selain memberi mata pencarian yang baik kepada penjaja.



Di bawah Model Pengurusan Alternatif itu yang diperkenalkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) tiga tahun lalu, NEA telah membawa masuk pengendali dengan kesedaran sosial sebagai ejen pengurusan untuk mengendali pusat penjaja yang baru.



"Tujuannya adalah untuk memanfaatkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam operasi makanan dan minuman.



"Kami akan terus menilai model ini, mengambil kira saranan dan maklum balas serta memperhalusi modelnya untuk mengurus pusat penjaja dengan lebih baik," ujar Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air merangkap Kesihatan), Dr Amy Khor, kepada media semalam.



Beliau berkata demikian dalam satu lawatan ke pusat penjaja di Our Tampines Hub (OTH) yang dikendali OTMH, sebuah anak syarikat Kopitiam.



Baru-baru ini, terdapat beberapa keprihatinan yang ditimbulkan mengenai kos bagi pegerai di pusat penjaja yang dikendali di bawah model pengurusan itu.



Dr Khor menarik perhatian tentang beberapa kriteria bagi menilai tender untuk mengurus pusat penjaja.



"Mereka (syarikat) yang menyarankan sewa serta kos operasi yang lebih rendah dipertimbangkan dengan lebih baik. Kami sedar pegerai juga perlu mendapatkan mata pencarian yang baik," jelas Dr Khor.



Ejen pengurusan juga tidak boleh menaikkan sewa atau kos operasi dalam tempoh sewa itu.



Pegawai perhubungan korporat Kopitiam, Encik Vincent Cheong, berkata sewa dan kos operasi untuk pusat penjaja adalah lebih rendah daripada pusat makanan.



Sewa ialah $1,500 ke atas bagi penjaja, dan $6,000 bagi pusat makanan. Manakala kos operasi ialah $3,000 ke atas bagi penjaja, dan $8,000 ke atas bagi pusat makanan.



Dr Khor berkata, terdapat banyak manfaat di bawah model pengurusan penjaja yang baru itu.



Antaranya ejen pengurusan memastikan makanan yang ditawarkan penjaja lebih rencam, melaksanakan inisiatif meningkatkan produktiviti seperti pencucian perkakas di satu tempat, serta pelbagai program lain yang menjadi pusat penjaja lebih rancak.



Pegerai nasi beriani di OTH, Encik Afzal Ali, berkata beliau sejauh ini berpuas hati dengan perniagaannya di gerai itu, walaupun ada turun naiknya.



"Kalau tidak bagus, saya sudah lama tutup kedai," ujarnya, yang berniaga di pusat itu sejak ia dibuka sekitar dua tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >