Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Modul pendidikan kewangan bagi semua pelajar tahun pertama di ITE dan Poly mulai 2019

Nov 17, 2018 | 07:30 PM



SATU kurikulum pendidikan kewangan akan diperkenalkan kepada semua pelajar tahun satu politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) mulai tahun depan.



Ini sebahagian daripada usaha pemerintah untuk merangsang kecelikan kewangan di kalangan warga Singapura dan membantu mereka menguruskan wang mereka dengan baik.



Modul mandatori itu, yang tidak akan dinilai, akan memberi tumpuan kepada belanjawan, meletakkan sasaran dan asas kewangan seperti kesan faedah kompaun ke atas hutang dan simpanan. Modul tambahan juga akan dirintis bersama beberapa pelajar tahun dua dan tiga dalam beberapa tahun akan datang bagi membantu mereka menjadi pengguna lebih bijak dan belajar cara menggunakan insurans, pelaburan, dan skim nasional seperti Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



Inisiatif itu antara yang diumumkan oleh program pendidikan kewangan nasional Singapura MoneySense di jerayawara kempen tahunannya di Our Tampines Hub, pada Sabtu (17 November)



Dilancarkan oleh Menteri Pendidikan yang juga anggota lembaga pengarah Penguasa Kewa ngan Singapura (MAS), Encik Ong Ye Kung, kempen baru itu menggalak orang ramai mengambil tahu secara proaktif sama ada kewangan mereka berada dalam keadaan baik. Ia juga bertujuan membina asas kemahiran kewangan yang kuat di kalangan warga muda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >