Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

MOE: ACS harus terima murid perempuan jika pindah ke Tengah bagi penuhi keperluan penduduk

Mar 01, 2023 | 05:30 AM



APABILA Sekolah Anglo-Chinese (ACS) menimbulkan idea memindahkan salah satu sekolah mereka ke estet kejiranan, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata tiada alasan kuat untuk sekolah baru itu kekal hanya bagi budak lelaki.



Menjelaskan pendirian MOE mengenai membuka sekolah baru itu bagi budak lelaki dan perempuan, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata di Parlimen pada Selasa bahawa mengekalkan ACS Rendah sebagai sekolah satu jantina akan mengurangkan pilihan bagi keluarga yang tinggal di Tengah apabila ia berpindah ke sana pada 2030.



Senario sedemikian akan mengakibatkan ketidakseimbangan antara budak lelaki dan perempuan di sekolah lain di kawasan itu, kata Encik Chan.



"MOE gembira lembaga ACS terbuka pada permintaan ini, dan kemudian, lembaga ACS memberitahu MOE bahawa ACS (Rendah) akan ditempatkan semula," tambah beliau.



MOE tidak mempunyai rancangan secara proaktif menukar sekolah satu jantina sedia ada kepada sekolah bagi kededua jantina, tetapi ada beberapa kes sedemikian pada masa lalu, kata Encik Chan.



Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) dan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) mengenai cara MOE memutuskan sekolah yang harus ditempatkan semula dan apakah ia ada rancangan menukar lebih banyak sekolah satu jantina kepada bagi kededua jantina.



Encik Chan berkata MOE mengambil pendekatan tersuai kerana keadaan berbeza untuk setiap kes, dan kementerian itu berbincang dengan pembuat keputusan utama di setiap sekolah dan menyediakan sokongan yang diperlukan bagi memudahkan peralihan.



"MOE tidak mempunyai keutamaan antara sekolah satu jantina atau bagi kedua-dua jantina. Kebanyakan sekolah ini mempunyai sejarah, dan itulah sebabnya mereka berada di kedudukan mereka sekarang."



MOE berkata sebelum ini pada Februari bahawa ACS Rendah salah satu sekolah rendah ACS di Bukit Timah yang akan berpindah dari Barker Road di Newton ke Tengah pada 2030, sebagai sebahagian usaha besar sekolah itu untuk memperbaiki aksesibiliti.



Encik Chan berkata lembaga gabenor ACS mendekati MOE dengan idea memindahkan salah satu daripada dua sekolah rendahnya ke estet kejiranan untuk berkhidmat kepada masyarakat yang berbeza dan menyuntik lebih kepelbagaian dalam profil pelajar ACS.



MOE kemudian menawarkan mereka tapak di Tengah, bandar HDB yang sedang berkembang, tetapi semasa perbincangan, kementerian itu menjelaskan sekolah tersebut tidak boleh kekal satu jantina sekiranya ia beralih ke kampus baru.



Encik Chan berkata apabila terdapat perubahan besar untuk sekolah - termasuk penempatan semula dan bertukar menjadi sekolah kedua-dua jantina - MOE memberi notis seawal mungkin sebaik sahaja rancangan itu dikukuhkan dan bekerjasama dengan sekolah mengenai aturan peralihan bagi mengurangkan impak pada pelajar semasa dan keluarga mereka.



Encik Giam juga bertanya mengenai rancangan bagi kampus sekolah itu di Windstedt Road sebaik saja ia dikosongkan pada 2039, memandangkan penambahbaikan yang dibuat baru-baru ini.



Encik Chan berkata tapak itu akan dikembalikan kepada negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >