MOE buka lagi 8 tadika jelang 2022
Ditempatkan dalam sekolah rendah dan menawarkan kededua khidmat tadika dan jagaan sehari penuh
IBU bapa bakal mempunyai lebih banyak pilihan tadika berkualiti dengan yuran berpatutan apabila Kementerian Pendidikan (MOE) membuka lagi lapan tadikanya pada 2022.
Terletak dalam sekolah rendah dan menawarkan kededua khidmat tadika dan jagaan sehari penuh, kelapan-lapan tadika itu akan menjadikan jumlah keseluruhan tadika MOE di sini sebanyak 43 buah dan menyediakan kira-kira 5,800 tempat.