Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE: Interviu secara fizikal bagi DSA diadakan semula

DSA
May 05, 2022 | 05:30 AM



TEMU duga secara fizikal akan disambung tahun ini bagi skim Kemasukan Langsung Sekolah (DSA), yang membolehkan pelajar mendapat kemasukan ke sekolah menengah dan maktab rendah melalui kebolehan dalam bidang yang tiada peperiksaan, menurut satu kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.



DSA mengiktiraf bakat dan pencapaian pelajar yang pelbagai dan menunjukkan bakat dan potensi mereka dengan lebih baik, contohnya dalam ujian sukan atau dinilai secara peribadi bagi kebolehan muzik mereka.



Permohonan dibuka mulai esok, pada 11 pagi, hingga 3 petang pada 1 Jun.



Pelajar dan ibu bapa boleh mengemukakan permohonan ke 142 sekolah menengah dan 20 maktab rendah yang terlibat dalam DSA melalui portal MOE.



MOE berkata penyambungan temu duga secara fizikal selaras dengan kelonggaran nasional sekatan Covid-19, dan kerana kadar vaksinasi tinggi dalam kalangan pelajar dan kakitangan di sekolah.



Skim DSA menyediakan laluan untuk pelajar mendapat penerimaan ke sekolah menengah atau maktab rendah melalui kebolehan mereka dalam aktiviti kokurikulum di luar peperiksaan kebangsaan.



Ia satu aliran penting untuk mengurangkan tekanan ke atas pelajar yang layak daripada Peperiksaan Tamat Sekolah Rendag (PSLE) dan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O'.



Mulai tahun ini, bilangan tempat DSA bagi pelajar yang tidak menyertai Program Bersepadu ditambah daripada 10 peratus kepada 20 peratus bagi kohort maktab rendah setiap tahun.



Ia termasuk Maktab Rendah Anderson Serangoon, Maktab Rendah Eunoia dan Maktab Rendah Victoria.



Terdapat 31,400 permohonan DSA tahun lepas, meningkat daripada 30,500 pada 2020.



Secara berasingan, permohonan kemasukan awal ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) berdasarkan bakat dan minat berkaitan kursus yang ditawarkan bermula pada 26 Mei, manakala bagi politeknik ia bermula pada 6 Jun.



Beberapa proses pemilihan secara fizikal juga akan disambung, dengan MOE mengatakan sama ada ia dijalankan secara maya atau secara peribadi bergantung pada keperluan kursus yang ditawarkan.



MOE menyatakan beberapa program kemasukan awal (EAE) telah dijalankan secara maya sebelum pandemik Covid-19.



"MOE akan bekerjasama rapat dengan ITE dan politeknik untuk memastikan pemilihan EAE dijalankan secara adil dan rapi bagi semua pelajar, tanpa mengira modaliti," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >