Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09

MOE kerah dua kajian mengenai kaitan kesan tidur dengan masa mula sekolah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

MOE kerah dua kajian mengenai kaitan kesan tidur dengan masa mula sekolah

Aug 04, 2021 | 05:30 AM

KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) telah mengerahkan dua kajian penyelidikan mengenai kesan terhadap faktor yang menjejas tempoh masa tidur dan kualiti tidur dalam kalangan pelajar di Singapura, kata Menteri Negara Pendidikan Sun Xueling.

"Ini akan dapat membantu lebih baik lagi bagaimana masa permulaan sekolah boleh menyumbang kepada tempoh masa tidur lebih lama bagi pelajar," kata beliau di Parlimen, sebagai memberikan respons kepada soalan dari Anggota Parlimen dari Parti Pekerja (WP) Jamus Lim (GRC Sengkang) dan AP Cheng Li Hui (GRC Tampines).

Buat masa ini, sekolah bermula tidak melebihi 7.30 pagi dan sekolah juga mempunyai autonomi untuk memulakan sekolah dengan mengambil kira faktor seperti maklum balas ibu bapa, masa akhir sekolah, kesan kepada program lepas sekolah dan dalam sekolah serta keadaan trafik di sekitar sekolah.

Kajian antarabangsa mendapati tempoh masa dan kualiti tidur dipengaruhi beberapa faktor termasuk irama sirkadian (proses yang mengatur kitaran bangun-tidur), senaman dan tabiat tidur, tambah Cik Sun.

Beliau menambah pihak kementerian akan menimbangkan hasil penyelidikan tempatan dan luar negara.

"Sama ada masa mula sekolah harus dilewatkan atau tidak, kita perlu bekerjasama dengan ibu bapa untuk memperbaiki corak tidur, menguruskan tugasan kerja keseluruhan pelajar serta penggunaan alat digital," tambahnya.

Seorang lagi AP WP Leon Perera (GRC Aljunied) juga menukil perbincangan lalu di mana masa mula sekolah dan kesesakan lalulintas merupakan keprihatinan jika bas sekolah menghantar pelajar ke sekolah pada masa yang sama dengan pekerja pejabat yang sedang dalam perjalanan ke kerja.

"Mungkinkah pemerintah boleh menimbangkan dengan trend kini bekerja dari rumah, pekerjaan fleksibel, yang mungkin akan melebihi pandemik Covid, bahawa isu ini mungkin kini kurang menjadi keprihatinan," tambahnya.

MOE akan menimbangkan faktor-faktor ini, kata Cik Sun.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3