Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE lancar garis panduan kerjasama ibu bapa dengan sekolah

Feb 16, 2019 | 05:40 PM



 





SIKAP saling percaya dan saling hormat adalah teras garis panduan baru untuk menggalak ibu bapa dan sekolah-sekolah bekerjasama bagi manfaat kanak-kanak.



Garis panduan Menteri Pendidikan (MOE) itu diumumkan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan) Dr Muhammad Faishal Ibrahim di Sekolah Rendah Yu Neng pada Sabtu (16 Feb).



Bergelar ‘The Guidelines for School-Home Partnership’ ia mengandungi panduan untuk membimbing ibu bapa dan sekolah-sekolah dalam usaha membantu kanak-kanak memupuk kemahiran menguruskan diri sendiri, membina budaya bingkas dan bersikap lebih bertanggungjawab atas pembelajaran diri sendiri.



Sementara MOE sedang menganjak sistem supaya berupaya membantu pelajar menikmati proses pembelajaran dan menjadi pelajar sepanjang hayat, kerjasama  ‘rumah-sekolah’ yang bermakna memastikan kanak-kanak meraih manfaat perubahan ini dengan sepenuhnya, kata Dr Faishal.



Dr Faishal berkata:



“Kanak-kanak kita mencapai prestasi terbaik apabila sekolah-sekolah dan ibu bapa bekerjasama untuk memberi sokongan kepada mereka.



Kami berharap garis panduan tentang kerjasama sekolah-rumah ini akan menjadi bahan rujukan berguna bagi kededua guru dan ibu bapa, untuk membantu kanak-kanak kita menjadi lebih bertanggungjawab atas pendidikan mereka, memupuk kesungguhan dan berjaya dalam hidup.”



Garis panduan itu akan diedarkan kepada ibu bapa menerusi sekolah, dengan sekolah-sekolah menyelaraskan amalan mereka dengan garis panduan itu pada tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >