SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN
MOE orak langkah jadikan pendidikan tinggi lebih dimampui
Susuli lebih ramai pelajar Singapura pelbagai latar belakang lanjutkan pengajian peringkat posmenengah
Aug 23, 2019 | 05:30 AM
KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) sedang menjadikan pendidikan tinggi lebih dimampui, memandangkan lebih ramai pelajar Singapura daripada pelbagai latar belakang kini melanjutkan pengajian pada peringkat posmenengah.
Menyatakan demikian semalam, Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, berkata bilangan pelajar dalam sebuah kohort yang melanjutkan pengajian ke universiti berautonomi (AU) akan mencapai 40 peratus menjelang tahun akademik (AY) 2020, berbanding 23 peratus pada 15 tahun lalu.