Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE orak langkah semarak minat Sastera Melayu

Mar 05, 2018 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) telah mengorak langkah untuk menyemarakkan pembelajaran subjek elektif Sastera Melayu di peringkat sekolah menengah.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), MOE berkata walaupun kecil, jumlah pelajar yang mengambil subjek tersebut kekal stabil sejak lima tahun lalu.



Dari 2013 hingga 2017, jumlah purata pelajar yang mengambil subjek Sastera Melayu ialah sekitar 1 peratus daripada kohort yang mengambil Bahasa Melayu (ML) dan Bahasa Melayu Lanjutan (HML).



Kohort yang mengambil ML dan HML sepanjang tempoh tersebut ialah sekitar 4,290 pelajar setiap tahun, kata MOE.



Subjek Sastera Melayu mula ditawarkan kepada pelajar yang mengambil ML atau HML di menengah tiga.



Kini terdapat lima sekolah yang menawarkannya - Sekolah Menengah Admiralty, Sekolah Menengah Anderson, Sekolah Menengah Hougang, Sekolah Menengah Swiss Cottage dan Sekolah Menengah Woodlands.



Timbalan Pengarah Bahasa Ibunda MOE, Cik Santhi Sellapan, berkata meskipun bilangan pelajar yang mengambil subjek itu adalah kecil, usaha tetap diteruskan untuk mendedahkan pelajar kepada Sastera Melayu.



Beliau memberi contoh bagaimana pelajar didedahkan kepada Sastera Melayu tradisional seperti Syair Asal Usul Raja Melayu dan legenda Puteri Gunung Ledang yang diketengahkan dalam buku-buku teks.



Sementara itu, guru-guru Sastera memberitahu BH, semakin sukar bagi mereka menyemarakkan minat para pelajar dalam subjek elektif Sastera sementara mereka yang mengambilnya pula tidak mengambil langkah mengembangkan minat mereka dalam subjek tersebut selepas sekolah menengah.



"Kurikulum sekarang ini, dan pendekatan pembelajaran sastera rasanya perlu dipertingkat sejajar dengan trend kecenderungan pelajar dalam bahasa Melayu. Sekarang ini, ia dilihat sebagai subjek yang membosankan," ujar seorang guru yang enggan namanya disiarkan.



Justeru, guru tersebut gembira dengan pelbagai langkah yang telah diambil MOE dalam menyemarakkan subjek Sastera itu untuk merangsang minat pelajar.



Penolong Pengarah Bahasa Melayu dan Pakar Kurikulum Kanan MOE, Encik Tajudin Jaffar, menerangkan MOE telah bekerjasama dengan masyarakat untuk menganjurkan pelabagai kegiatan untuk menarik minat pelajar dalam sastera Melayu.



Ini termasuk kerjasama Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dengan T-Net Club@Marine Parade untuk menganjurkan pertandingan dan karnival drama teater pelajar.



Usaha itu pertama kali diadakan pada 2011 dan terus dikembangkan saban tahun.



Sebagai sebahagian daripada inisiatif MLLPC juga, pihak sekolah menawarkan peluang kepada pelajar untuk menyaksikan persembahan kebudayaan dan kesusasteraan Melayu.



"Aktiviti sedemikian akan membolehkan pelajar terdedah kepada sastera Melayu melebihi ruang bilik darjah," ujar Encik Tajudin.



Tambahnya, MOE akan terus menyemak kurikulum untuk memastikan ia relevan dan menarik bagi pelajar.



"Kami menggalak sekolah untuk meneroka pedagogi inovatif dan menarik bagi memupuk minat pelajar terhadap subjek Sastera Melayu," katanya.



Memberikan contoh, buat masa ini di bawah elektif Melayu bagi program sekolah menengah, pelajar mengambil bahagian dalam kem kebudayaan dan kesusasteraan, simposium dan program penyerapan.



"MOE dan sekolah akan terus bekerjasama dengan masyarakat untuk menyokong pelajar kami dalam membangunkan minat dan penghayatan mereka terhadap sastera Melayu," ujar Encik Tajudin lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >