Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE: Pelajar ambil peperiksaan dalam ruang tertutup jika jerebu bertambah buruk

Sep 19, 2019 | 07:24 PM





BEBERAPA sekolah di Singapura akan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya jerebu semakin teruk.



Ada juga sekolah yang akan memasang pembersih udara, sedang Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dijadualkankan bermula esok.



Sekurang-kurangnya sebuah sekolah rendah telah membatalkan acara di luar yang dijadualkan berlangsung esok.



Menurut laporan The Straits Times, beberapa sekolah berkata bahawa pembersih udara di dalam setiap bilik darjah telah dihidupkan, dan peperiksaan akan dijalan dalam ruang tersebut, atau bilik berhawa dingin. 



Peperiksaan kefahaman mendengar  PSLE akan mula esok, manakala peperiksaan bertulis akan mula Khamis depan.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, Menteri Pendidikan (MOE) berkata terdapat proses yang membantu pelajar kurang sihat semasa peperiksaan nasional, termasuk mereka yang terjejas akibat jerebu.



Menurut seorang jurucakap, jika seorang murid tidak boleh menduduki atau meneruskan peperiksaan, kesihatannya harus diutamakan.



“Terdapat prosedur yang tersedia jika sekolah ingin mengemukakan situasi kepada Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) untuk pertimbangan khas agar murid tidak terjejas.”



Sementara itu, mutu udara di Singapura kekal di tahap tidak sihat semalam.



Hari ini, jerebu terus menyelubungi negara sedang persediaan bagi Perlumbaan Grand Prix Singapore Airlines hujung minggu ini berlangsung dan pelajar Darjah Enam bersiap sedia menduduki kertas pertama Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) mereka.



Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam berada antara 97 dengan 110 di sekitar negara pada 6 petang hari ini.



Bacaan tertinggi adalah 125 di kawasan selatan sementara bacaan 117 tercatat di kawasan timur negara.



Bacaan 110 dicatat di bahagian utara, 116 di utara, sementara di tengah Singapura pula bacaanyya 109, menurut laporan The Straits Times.



Bacaan PSI antara 101 dengan 200 ialah dalam tahap tidak sihat dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menasihati orang ramai mengurangkan kegiatan luar pada tahap tersebut.



MOE berkata kertas peperiksaan yang terjejas akan dijadualkan lagi dan masa peperiksaan akan dilanjutkan, sekiranya penutupan sekolah berlaku semasa peperiksaan nasional seperti PSLE.



MOE berkata ia akan menimbangkan untuk menutup sekolah sekiranya paras PSI 24 jam melebihi 300.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >