Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

MOE: Pembulian siber kian cetus keprihatinan, sedang ditangani di sekolah

Oct 03, 2017 | 02:13 PM



PERBUATAN buli di alam maya, atau pembulian siber kian mencetus keprihatinan dan sekolah setempat sedang menanganinya kata Menteri Pendidikan (Sekolah) Ng Chee Meng.



Namun, menukil hasil sebuah tinjauan, Encik Ng berkata secara keseluruhan, jumlah insiden pembulian di sekolah setempat adalah kecil dan mantap.



“Satu ‘post’ (terbitan di Internet) boleh dilihat oleh ramai orang dan boleh diterbitkan berulang kali dengan mudah, lantas menganiaya mangsa. Ia satu masalah yang kian menarik keprihatinan dan sekolah-sekolah sedang menanganinya,” ujar Encik Ng menjawab soalan daripada beberapa Anggota



Parlimen (AP) di sidang Parlimen semalam.



Tinjauan yang dilakukan oleh Pertubuhan bagi Kerjasaa Ekonomi dan Pembangunan (OECD) pada 2015 menunjukkan bahawa antara 10 dengan 20 peratus pelajar berusia 15 tahun melaporkan mereka pernah menjadi mangsa pembulian sosial dan secara lisan.



Jumlah pelajar yang menjadi mangsa pembulian fizikal lebih rendah, sekitar lima peratus.

Perangkaan ini serupa dengan hasil tinjauan Kementerian Pendidikan (MOE) dan tinjauan setempat yang lain, kata Encik Ng.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >