Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE perjelas sistem skor baru PSLE

Mar 08, 2019 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) telah memberi perincian bagaimana pelajar yang akan berpindah ke menengah satu mulai 2024 ditawarkan subjek serta peringkat yang boleh mereka ambil selepas tamat Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE)



Dalam jawapan bertulis kepada pihak media, MOE semalam menekankan markah yang diperolehi semasa PSLE masih merupakan kayu ukur permulaan yang baik bagi menilai rentak pembelajaran paling sesuai untuk pelajar permulaan menengah satu.



"Namun, subjek dan peringkat yang ditawarkan kepada pelajar pada tahun selepasnya tidak akan tertakluk kepada band penskoran yang menempatkan mereka ke sekolah itu," kata MOE.



Menteri Pendidikan Ong Ye Kung mengumumkan Selasa lalu semasa perbahasan Belanjawan MOE di Parlimen, bahawa sistem penyaluran pelajar di sekolah menengah bagi aliran Normal (Teknikal), Normal (Akademik) dan Ekspres akan dihentikan menjelang 2024.



Ia akan diganti dengan Pelaksanaan Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh (SBB Penuh), di mana pelajar boleh mengambil subjek di peringkat lebih tinggi atau rendah, berdasarkan keupayaan.



Pada 2016 MOE mengumumkan sistem penskoran PSLE akan menjalani perubahan mulai 2021.



Pelajar akan dinilai bagi setiap empat subjek yang diambil semasa PSLE dengan menggunakan band pemarkahan lebih luas.



Ini dikenali sebagai Tahap Pencapaian (AL) dari AL1 ke AL8, dengan AL1 merupakan gred terbaik dan AL8 gred terendah.



Gred yang diraih pelajar bagi kesemua empat subjek kemudian akan dicampurkan.



Ini merupakan markah yang juga akan dikenali sebagai Markah PSLE, dengan markah 4 sebagai markah terbaik. Kemungkinan julat pemarkahan ialah antara 4 dengan 32.



Apabila SBB Penuh dilaksanakan, pelajar dengan markah PSLE antara 4 hingga 20 layak mengambil subjek di peringkat G3.



Sementara pelajar yang meraih markah PSLE antara 26 dengan 30 akan mengambil subjek G1.



Mereka yang markah di antara 21 dengan 25, layak mengambil gabungan subjek G1 hingga G3.



G1 akan mempunyai standard yang sama dengan N(T) hari ini; G2 seperti N(A) dan G3 seperti Ekspres



'G' bermaksud General atau umum.



Pelajar yang menunjukkan prestasi baik bagi beberapa subjek PSLE boleh mengambilnya pada peringkat lebih tinggi mulai menengah satu, berdasarkan keputusan PSLE mereka bagi subjek tersebut, kata MOE.



Langkah itu tiada bezanya dengan apa yang dilakukan sekarang sebagai sebahagian daripada SBB.



"Tidak seperti pendekatan sekarang di mana kursus yang diambil pelajar apabila mereka ditempatkan di menengah satu menentukan sebahagian besar subjek yang ditawarkan sepanjang pendidikan sekolah menengah mereka, SBB Penuh sebaliknya membolehkan pelajar mengambil subjek secara progresif di tahap lebih mencabar sepanjang tempoh di sekolah menengah apabila mereka mula menyedari kekuatan dan minat mereka, dan mengambil kombinasi subjek merentasi pelbagai tahap," tambah MOE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >