Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE perkenal sistem periksa tugasan Bahasa Inggeris guna AI jelang 2023

Aug 18, 2021 | 05:30 AM



SATU sistem baru bagi memeriksa tugasan menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu pelajar dalam penulisan Bahasa Inggeris bakal dilaksanakan di sekolah menjelang 2023.



Ini sedang momentum rancangan AI nasional Singapura semakin rancak.



Kementerian Pendidikan (MOE) sedang membangunkan sistem pemarkahan automatik untuk bantu membetulkan tatabahasa, ungkapan dan struktur ayat bahasa Inggeris, menurut dokumen tender yang dilihat akhbar The Straits Times (ST).



Ini dilaksana selang dua tahun Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan lima projek utama dalam strategi AI nasional Singapura.



Empat projek lain adalah dalam bidang keselamatan sempadan, logistik, penjagaan kesihatan dan pengurusan estet.



Dokumen tender meminta saranan dan pembangunan prototaip dikemukakan, diikuti dengan percubaan perintis dan pelaksanaan.



Disasarkan kepada murid sekolah rendah atasan dan sekolah menengah, sistem itu akan disepadukan dan disampaikan menerusi Ruang Pembelajaran Pelajar (SLS).



Ini merupakan wadah dalam talian MOE yang membolehkan guru-guru mengadakan pengajian dan mengandungi aplikasi pembelajaran lain seperti Padlet dan AhaSlides.



Dalam responsnya kepada ST, MOE berkata sistem itu akan memberi pelajar maklum balas pantas, peribadi, dan praktikal untuk penulisan Inggeris mereka.



Ia menambah, program itu dijangka dilancarkan menjelang 2023 dan merupakan sebahagian usahanya di bawah Program Celik Digital Nasional yang dilancarkan pada 2020 untuk memperkukuh kemahiran celik digital pelajar.



Pengarah divisyen bagi divisyen teknologi pendidikan MOE Aaron Loh berkata:



"Walaupun program itu akan tertumpu kepada penulisan Inggeris buat peringkat permulaan, MOE akan mempertimbang melancarkan sistem serupa untuk subjek lain pada tahap selanjutnya kelak."



Encik Loh menambah bahawa proses maklum balas secara automatik ini akan menjadikan tugas lebih berkesan buat pelajar dan guru.



"Mengautomasikan proses memberi maklum balas terhadap beberapa aspek penulisan Inggeris telah menunjukkan ia menggalakkan pelajar untuk berlatih menulis dengan lebih kerap... Pelajar akan dapat menggunakan maklum balas automatik untuk membantu mereka memperbaiki draf mereka sebelum menerima maklum balas lebih terperinci daripada guru mereka," tambahnya.



Menurutnya, guru boleh menggunakan masa yang dijimatkan daripada membetulkan kesalahan bahasa asas untuk memberi tumpuan terhadap kemahiran tahap lebih tinggi seperti daya meyakinkan dan nada.




"Walaupun program itu akan tertumpu kepada penulisan Inggeris buat peringkat permulaan, MOE akan mempertimbang melancarkan sistem serupa untuk subjek lain pada tahap selanjutnya kelak...



Mengautomasikan proses memberi maklum balas terhadap beberapa aspek penulisan Inggeris telah menunjukkan ia menggalakkan pelajar untuk berlatih menulis dengan lebih kerap... Pelajar akan dapat menggunakan maklum balas automatik untuk membantu mereka memperbaiki draf mereka sebelum menerima maklum balas lebih terperinci daripada guru mereka."
- Pengarah divisyen bagi divisyen teknologi pendidikan MOE, Encik Aaron Loh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >