Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE tambah dana galak guna bahasa ibunda

$30j diperuntuk bagi sokong pelbagai program hingga 2025
Apr 25, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak dana diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) bagi menggalak penggunaan bahasa ibunda termasuk Bahasa Melayu di kalangan para pelajar di sini.



Hasil dana lebih tinggi itu, beberapa inisiatif bagi menggalak penggunaan Bahasa Melayu turut diperluas seperti pertandingan membaca Ops Baca yang akan diluaskan kepada pelajar sekolah menengah dan bukan sahaja pelajar sekolah rendah.



Semalam, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, mengumumkan sejumlah $30 juta diperuntukkan kepada Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Cina, Melayu dan Tamil untuk menyokong usaha mereka hingga 2025.



Ini merupakan tambahan $5 juta, berbanding $25 juta yang diberikan bagi tempoh 2016 hingga 2020.



"Pemerintah akan terus menggalak pembelajaran bahasa ibunda. Dengan peningkatan dana ini kepada $30 juta, kami berharap jawatankuasa itu dapat bekerjasama dengan sekolah, termasuk rakan kongsi masyarakat untuk menghasilkan lebih banyak program agar dapat menyalakan semangat pembelajaran bahasa ibunda dalam kalangan pelajar kami,'' kata Cik Sun, dalam satu acara kesusasteraan di Institusi Hwa Chong semalam.



Ketika dihubungi Berita Minggu (BM) semalam, ahli Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC), peguam dan Rakan Pengurusan firma guaman, A. Rohim Noor Lila & Partners, Encik Abdul Rohim Sarip, berkata dana tambahan itu akan membolehkan lebih banyak kegiatan diadakan.



Antara program yang dijalankan oleh MLLPC termasuk Anugerah Guru Arif Budiman, Bahas 4PM yang dijalankan setiap tahun dan Kesantunan Bahasa & Fiesta Bahasa yang dijalankan secara dwitahunan.



"Dengan sokongan ini, ahli jawatankuasa dapat memberi tumpuan kepada melakarkan inisiatif baru di luar bilik darjah serta memperuntukkan masa dan tenaga untuk mengesahkan permohonan inisiatif penggunaan Bahasa Melayu oleh masyarakat."



Beliau berkata, jumlah permohonan daripada masyarakat, sekolah serta badan tidak mencari untung (NPO) yang telah diterima oleh jawatankuasa itu kekal konsisten sejak tahun-tahun sebelum ini.



Pada masa yang sama, Encik Rohim turut menyentuh tentang beberapa inisiatif yang diperluas menerusi Dana Program Pendedahan pada Persembahan Budaya (CPEF) yang dipertingkat.



Antaranya ialah jumlah pembiayaan CPEF bagi setiap sekolah yang menawarkan program khas bahasa Melayu yang dinaikkan kepada $3,500 berbanding $2,500 sebelum ini dan pembiayaan penuh tiket persembahan budaya Melayu berbanding 80 peratus sebelum ini.



Encik Rohim yang telah berkhidmat dalam jawatankuasa belanjawan MLLPC sejak 2013, berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menganjurkan program baru dan menghidupkan semula program lama yang mempunyai sambutan baik daripada pelajar-pelajar sekolah.



"Kami juga ada jawatankuasa kecil yang terdiri daripada ahli jawatankuasa sedia ada yang akan membantu untuk memastikan program dan acara yang dijalankan bermutu dan memenuhi keperluan pelajar dan masyarakat,'' tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >