Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE tambah lagi 2,600 tempat darjah 1

Jun 28, 2018 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) akan menambah lagi 2,600 tempat bagi pendaftaran darjah satu tahun ini bagi menampung bilangan bayi 'Tahun Naga' yang lebih besar yang dilahirkan pada 2012.



Menteri Pendidikan Ong Ye Kung, yang mengumumkan peningkatan itu dalam pos Facebook semalam, berkata terdapat sejumlah 41,800 tempat bagi darjah satu di 184 sekolah rendah pada 2019.



Bilangan 184 sekolah itu mengambil kira 14 sekolah rendah yang digabungkan kepada tujuh sekolah.



Dalam pos tersebut, Encik Ong berkata semasa merancang bilangan tempat sekolah, MOE meninjau permintaan kededua peringkat, di peringkat nasional dan daerah, bagi memastikan terdapat tempat yang mencukupi.



Semasa membandingkan jumlah tempat darjah satu tahun ini dan tahun lepas, akhbar The Straits Times mendapati lebih 60 sekolah akan mengambil pelajar tambahan - kebanyakan menambah 30 hingga 90 tempat.



Sekolah ini termasuk Sekolah Rendah Xinghua di Hougang, Sekolah Rendah Greendale dan Horizon di Punggol, dan Sekolah Rendah Damai dan Bedok Green di Bedok.



Menyifatkan proses pendaftaran sebagai "peristiwa penting" bagi ibu bapa dalam menyediakan anak mereka dalam perjalanan pendidikan mereka, Encik Ong menggalak mereka memilih sekolah yang sesuai dengan kekuatan dan minat anak mereka.



MOE mengumumkan Mac lalu ia akan menggantikan proses pengundian secara manual dengan pengundian secara berkomputer. Dengan itu, ibu bapa tidak perlu hadir secara fizikal di sekolah untuk mengundi.



Tahun ini pendaftaran akan juga melibatkan kumpulan pertama kanak-kanak daripada tadika MOE, yang akan diberi keutamaan memasuki sekolah rendah yang berkongsi tempat dengan tadika mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >