Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE tubuh dua sekolah rendah baru, pindahkah Sekolah Menengah Yusof Ishak ke Punggol

Sep 13, 2018 | 12:22 PM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) akan menubuhkan dua sekolah rendah baru di Punggol pada 2020, dan memindahkan Sekolah Menengah Yusof Ishak (YISS) dari Bukit Batok ke Punggol pada 2021.



Langkah ini bertujuan memenuhi permintaan meningkat bagi tempat sekolah di estet perumahan baru itu, kata MOE dalam satu kenyataan pada hari Khamis (13 September).



Ditubuhkan pada 1965, YISS buat masa ini terletak di kawasan di Bukit Batok yang mengalami permintaan tempat sekolah yang merosot, kata MOE.



Pemindahan YISS akan memelihara sejarah dan budaya sekolah itu. Dalam tempoh peralihan, MOE tidak akan mengambil kohort baru pelajar menengah satu pada 2019 dan 2020 di kampus di Bukit Batok.



Kohort pertama menengah satu di kampus baru YISS di Punggol akan masuk pada 2021.



Sementara itu, dua sekolah rendah baru di Punggol - Sekolah Rendah Valour dan Sekolah Rendah Northshore - akan mula beroperasi dan mengambil kohort murid darjah satu pertamanya pada 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >