Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE: Ujian akhir tahun dibatal untuk murid darjah 3, 4

Ini kali pertama peperiksaan dibatal sejak penularan Covid-19; Kelas fizikal Darjah 3-6 disambung 11 Okt; Darjah 1-2 pada 13 Okt
Oct 08, 2021 | 05:30 AM



PEPERIKSAAN akhir tahun bagi Darjah 3 dan 4 akan dibatalkan, dalam satu langkah yang tidak diduga oleh Kementerian Pendidikan (MOE) di tengah-tengah jangkitan Covid-19 yang tinggi dalam masyarakat.



Tetapi kelas fizikal bagi Darjah 3 hingga 6 akan disambung semula mulai Isnin depan, disusuli dengan murid Darjah 1 dan 2, pada Rabu depan, kata Kementerian Pendidikan (MOE).



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, pihak kementerian berkata keputusan membatalkan peperiksaan akan "memberi lebih banyak masa untuk pemulihan kurikulum akibat gangguan Covid-19."



Ini merupakan kali pertama peperiksaan dibatalkan sejak permulaan pandemik Covid-19 tahun lalu.



Peperiksaan bagi murid Darjah 5 akan diteruskan di bawah langkah pengurusan selamat, kata MOE.



Ini akan membolehkan murid dan ibu bapa mendapatkan pemahaman lebih baik berkenaan kemajuan pembelajaran anak mereka mengikut sistem penskoran baru Peringkat Pencapaian - yang diperkenalkan tahun ini, sebelum Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Murid Darjah 1 dan 2 tidak perlu menduduki peperiksaan akhir tahun. Sementara itu, kelas fizikal bagi sekolah rendah dan sekolah pendidikan khas akan bermula secara progresif, Isnin depan.



Sejak 27 September, murid Darjah 1 hingga 5 serta sekolah pendidikan khas perlu mengikuti pembelajaran dari rumah (HBL), bagi mengurangkan risiko penularan di sekolah serta melindungi mereka yang berusia 12 tahun ke bawah, yang kini tidak layak bagi vaksinasi.



Ini juga bagi mengurangkan kemungkinan gangguan kepada kohort yang mengambil PSLE, kata MOE.



Menyusuli pengumuman itu, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing menjelaskan bahawa tidak semua pelajar mempunyai sekitaran yang kondusif untuk melakukan HBL.



HBL juga dilakukan bagi tempoh yang berpanjangan, tambah Encik Chan, boleh mempunyai kesan negatif terhadap kemajuan akademik dan kesejahteraan sosioemosi pelajar.



"Justeru HBL perlu menjadi pilihan terakhir untuk digunakan dengan cara yang lebih tersasar," tulis Encik Chan dalam satu pos Facebooknya.



Beliau akur dilema yang dihadapi ibu bapa dan pendidik untuk memilih menyambung semula sekolah secara bersemuka atau melanjutkan HBL.



Namun beliau berkata perlunya untuk mempelajari hidup dengan virus dan mengambil langkah mengurangkan kesannya terhadap kehidupan dan pembelajaran.



Selain itu, MOE turut mengumumkan bahawa tarikh 22 Oktober iaitu sehari selepas proses pemarkahan PSLE akan menjadi cuti sekolah. Ini bermakna murid tidak perlu melaporkan diri ke sekolah mulai 18 Oktober hingga 22 Oktober dan tiada pembelajaran dari rumah.



Namun sekolah seperti biasa bagi murid dari sekolah pendidikan khas.



Ibu bapa murid Darjah 1 hingga 5 perlu melakukan kit ujian pantas antigen (ART) ke atas anak mereka pada Jumaat atau Sabtu (8 atau 9 Oktober) sebelum kembali ke sekolah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >