Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE umum skor kemasukan sekolah menengah berdasarkan sistem pemarkahan PSLE baru

Nov 06, 2020 | 06:05 PM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) telah mengumumkan skor kemasukan sekolah menengah bagi pelajar yang mengambil Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) di bawah sistem pemarkahan baru pada 2021.



Skor pemotongan indikatif, berdasarkan data Darjah 6 tahun lalu, akan membantu membimbing pelajar dalam pemilihan sekolah mereka.

 



Sekolah-sekolah secara umum tergolong dalam tiga kategori iaitu sekolah pemerintah dan sekolah dibantu pemerintah; sekolah berautonomi; dan sekolah bebas.

 



Kohort pelajar Darjah 5 tahun ini akan dinilai menggunakan sistem pemarkahan PSLE baru itu tahun depan.

Sistem tersebut diumumkan pada 2016 dan menilai pelajar berdasarkan prestasi individu mereka, tanpa mengambil kira prestasi rakan sebaya.


 



Pelajar akan diberi Tahap Pencapaian (AL) 1 hingga 8 bagi setiap subjek, dan bukan gred A* hingga E.

 



Markah keseluruhan PSLE pelajar ialah jumlah AL bagi keempat-empat subjek yang diambil. Markah terbaik yang boleh diperoleh ialah 4, jika pelajar mendapat AL1 bagi kesemua subjek.

 



Untuk membantu pelajar dan ibu bapa memilih dan menyenarai pendek sekolah, pemotongan AL indikatif bagi sekolah menengah akan dikeluarkan pada separuh pertama tahun depan, berdasarkan keputusan dan pilihan sekolah kohort PSLE tahun ini, lapor The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >