Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE usul UniSIM jadi universiti keenam Singapura

Oct 12, 2016 | 12:50 PM



UNIVERSITI SIM (UniSIM), sebuah universiti swasta, akan menjadi universiti berautonomi keenam Singapura dan dibiayai sepenuhnya oleh Pemerintah, jika satu usul Kementerian Pendidikan (MOE) diterima.



Pemangku Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung, yang mendedahkan ini dalam konvokesyen UniSIM pada pagi Rabu (12 Okt), berkata MOE telah membincangkan usul itu bersama lembaga pengamanah universiti tersebut dan majlis pentadbir Institut Pengurusan Singapura (SIM), badan induk UniSIM.



Semua pihak bersetuju ia "satu langkah positif dan logik dalam pembangunan seterusnya UniSIM", kata Encik Ong.



Tetapi memandangkan SIM sebuah pertubuhan berkeahlian, usul itu perlu dibentang pada mesyuarat agung ahlinya sebelum keputusan muktamad diambil, ujar beliau.



Lima universiti berautonomi Singapura ialah Universiti Nasional Singapura, Universiti Teknologi Nanyang, Universiti Pengurusan Singapura, Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura, dan Institut Teknologi Singapura (SIT).



Encik Ong berkata sebagai universiti berautonomi, UniSIM, dengan kampus di Clementi Road, akan menjadi universiti Singapura yang unik, memberi tumpuan pada pembelajaran gunaan, dalam bidang sains kemasyarakatan, yang disasarkan pada kedua-duanya, pelajar dan pelajar dewasa.



"Sebagaimana SIT memberi tumpuan pada program gunaan dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan, UniSIM akan memberi tumpuan pada sains kemasyarakatan, dan menyediakan pelajar bagi kerjaya berkaitan masyarakat," kata beliau.



"Ini termasuk kerja sosial, sumber manusia, psikologi, pendidikan awal kanak-kanak, dan juga undang-undang, memberi tumpuan dalam undang-undang keluarga dan jenayah. Ia akan mengekalkan tawaran terhad dalam bidang lain, seperti perakaunan, perniagaan dan kejuruteraan," tambah Encik Ong.



Sejak 2008, MOE menyediakan bagi warga Singapura yang mengikuti program sambilan UniSIM subsidi hingga 55 peratus yuran penuh, sama seperti pelajar yang mengikuti pengajian ijazah sambilan di lima universiti berautonomi itu.



Program ijazah sepenuh masa UniSIM, yang dilancarkan pada 2014, juga dibiayai oleh MOE, dan pelajar program ini menerima tahap subsidi yuran yang sama dengan mahasiswa di universiti lain.



Selain pendaftaran 490 pelajar sepenuh masa, UniSIM mempunyai 13,200 pelajar sambilan, , kebanyakannya orang dewasa yang bekerja.



Encik Ong memuji UniSIM kerana sokongannya bagi pelajar dewasa yang bekerja dan pelajar matang selama ini dan berkata ia telah membangunkan kepakaran untuk memenuhi keperluan orang dewasa bekerja yang mengimbangi komitmen kerja dan belajar.



"Dalam era SkillsFuture, sekarang tepat pada masanya untuk memperkukuhkan ini dan membuat ini jalan kekal dan diiktiraf dalam landskap pendidikan dan latihan kita," katanya.



Dalam konvokesyen tahun ke-11 itu, hampir 2,400 pelajar UniSIM akan menerima ijazah, termasuk graduan bidang pengurusan kemudahan dan acara, kaunseling dan pengurusan penerbangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >