MOF: Bayaran pakej Penjagaan dan Sokongan - Tunai mulai 18 Jun ini, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

MOF: Bayaran pakej Penjagaan dan Sokongan - Tunai mulai 18 Jun ini

Jun 04, 2020 | 11:50 AM

RAKYAT Singapura akan menerima bantuan kewangan daripada Belanjawan 2020 Penjagaan dan Sokongan - Tunai mulai 18 Jun ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, pemberian ini yang merupakan sebahagian daripada Belanjawan Perpaduan dan Berdaya Tahan, akan membantu menyediakan lebih banyak jaminan dan sokongan kepada lebih 2.8 juta rakyat Singapura yang mungkin prihatin terhadap perbelanjaan isi rumah dalam tempoh ekonomi tidak menentu ini.

Warga Singapura yang layak akan menerima pembayaran Penjagaan dan Sokongan - Tunai sebanyak $600 atau $300 mulai 18 Jun ini.

Mulai 4 Jun ini, rakyat dapat melihat jumlah yang akan mereka terima di https://go.gov.sg/csp2020.

Penjagaan dan Sokongan - Tunai yang akan diterima oleh rakyat Singapura yang layak tahun ini adalah $900, $600, atau $300, bergantung pada Pendapatan Taksiran (AI) untuk Tahun Taksiran (YA) 2019. 

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dari jumlah ini, $300 dibayar pada April lalu, sebagai sebahagian daripada Bayaran Perpaduan $600. Jumlah selebihnya akan dibayar mulai 18 Jun ini.

Di samping itu, ibu bapa dengan sekurang-kurangnya seorang anak Singapura berusia 20 tahun ke bawah pada tahun ini, masing-masing akan menerima tambahan $300. 

Setiap warga Singapura berumur 50 tahun ke atas pada tahun ini pula akan mendapat tambahan wang tunai $100, sebagai ganti tokokan Kad PAssion yang diumumkan sebelumnya, memandangkan keperluan mematuhi jarak selamat dalam tempoh ini.

Bantuan kewangan bagi Penjagaan dan Sokongan - Tunai akan dibayar melalui PayNow (Kad Pengenalan), untuk membolehkan warga menerima pembayaran secara langsung dari pemerintah, dengan cara yang cepat dan mudah. 

Mereka yang belum mendaftar NRIC mereka dengan PayNow boleh melakukannya melalui perbankan mudah alih bank mereka menerusi aplikasi atau wadah perbankan Internet selewat-lewatnya pada 11 Jun ini.

Warga yang tidak mempunyai kemudahan PayNow yang dihubungkan dengan Kad Pengenalan mereka pada 11 Jun ini tetapi sebelumnya telah memberikan maklumat akaun bank mereka untuk menerima pembayaran pemerintah, seperti Bayaran Perpaduan, akan menerima Penjagaan dan Sokongan - Wang Tunai pada 25 Jun melalui kredit bank secara langsung.

Mereka boleh mengemas kini maklumat akaun bank mereka untuk menerima pembayaran pemerintah di https://go.gov.sg/csp2020 selewat-lewatnya 17 Jun ini.

Penerima lainnya akan mendapat Penjagaan dan Sokongan - Wang Tunai secara berperingkat melalui cek.

Warga yang ingin mendermakan wang yang diterima dari bantuan Penjagaan dan Sokongan - Tunai boleh melakukannya di Giving.sg.

Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan Penjagaan dan Sokongan - Tunai boleh didapati di laman Pakej Penjagaan dan Sokongan di https://go.gov.sg/csp2020

Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi 1800-2222-888 atau hantarkan pertanyaan secara dalam talian di https://go.gov.sg/csp2020.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map