Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOF minta maklum balas bagi usulan pindaan Akta Cukai Pendapatan, Akta GST

Jul 20, 2020 | 07:40 PM



KEMENTERIAN Kewangan (MOF) sedang mengusulkan pindaan pada Akta Cukai Pendapatan dan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).



Dalam satu kenyataannya petang ini (Isnin, 20 Julai), MOF menjelaskan pihak yang berminat untuk memberi maklum balas pada pindaan undang-undang ini boleh berbuat demikian mulai hari ini (20 Julai) hingga 7 Ogos ini.



Draf Rang Undang-Undang (Pindaan) Cukai Pendapatan 2020 ini mengusulkan pindaan undang-undang bagi:

(i) menguatkuasakan pelaksanaan cukai yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 seperti rebat cukai pendapatan korporat yang diumumkan pada 18 Februari 2020;

(ii) menambah kuasa Pengawal Cukai Pendapatan untuk melindungi wang orang awam;

(iii) memperjelas cara cukai dikendalikan dalam langkah-langkah yang diumumkan bagi sokongan perniagaan dan keluarga sewaktu Covid-19; dan

(iv) memperbaiki pentadbiran cukai serta kejelasan undang-undang yang ada kini.



Menurut MOF lagi, draf Rang Undang-Undang (Pindaan) GST 2020 pula mengusulkan bagi

(i) memperkenalkan langkah menambah kuasa Pengawal GST demi melindungi wang awam, menyiasat kesalahan cukai, dan menangani penipuan GST dan

(ii) memperbaiki pentadbiran GST dan kejelasan undang-undang yang ada kini.



E-mel maklum balas anda dari hari ini (20 Julai) hingga 7 Ogos 2020.

Orang awam jua boleh mendapatkan butiran lanjut termasuk mengenai draf Rang Undang-Undang (Pindaan) Cukai Pendapatan 2020 dan Rang Undang-Undang (Pindaan) GST di laman MOF (www.mof.gov.sg) dan gerbang runding cara REACH (www.reach.gov.sg).



Mereka yang berminat boleh menggunakan templat yang tersedia untuk e-mel komen tentang dua draf rang undang-undang pindaan ini kepada pc_itabill@mof.gov.sg dan pc_gstabill@mof.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >