Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN JURUAUDIT NEGARA BAGI 2020/2021

MOF pandang serius kelemahan audit agensi awam

Jul 23, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kewangan (MOF) berkata ia menganggap serius rekod audit agensi awam yang mengandungi perkara tidak kena dan menekankan pemerintah tidak akan membenarkan penipuan dan rasuah berlaku.



Kenyataan itu dikeluarkan menyusuli penerbitan laporan Pejabat Juruaudit Negara (AGO) yang mendapati, antara lain, ada dokumen yang tidak kena dalam rekod yang diserahkan oleh agensi awam bagi tujuan audit.



MOF berkata setiap kes akan disiasat dengan teliti dan sebarang pegawai yang terlibat dalam jenayah sedemikian akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.



"Kami kecewa dengan contoh pegawai awam yang memalsukan atau mengubah dokumen bagi tujuan audit yang telah diketengahkan oleh AGO, seperti di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Persatuan Rakyat (PA).



"Kami menanggap serius rekod tidak kena yang diserahkan bagi audit. Tindakan sedemikian melemahkan sistem kebertanggungjawapan awam," kata kementerian itu.



MOF berkata ia akan mengambil tindakan paling tegas di bawah undang-undang ke atas pegawai yang disyaki terlibat dalam penipuan dan rasuah, termasuk membuat laporan polis supaya siasatan jenayah boleh dijalankan.



Sementara itu, ketua agensi-agensi itu akan terus memperkukuh pentadbiran dan kawalan yang ada, serta memperkukuh audit dalaman untuk mengenal pasti sebarang salah laku, kata MOF.



Ia berkata sebarang isu yang dikenal pasti akan ditangani.



"Kami tidak akan goyah dalam usaha memastikan kebertanggungjawapan awam semasa menggunakan dana awam dan akan terus berkhidmat kepada warga Singapura dengan sebaik mungkin," katanya lagi.



Antara lain, AGO telah mengesan kecuaian dalam pengurusan prasarana, selain dalam proses pemerolehan dan IT di agensi-agensi awam.



MOF berkata AGO telah melaksanakan audit bebas khusus terhadap kontrak pengurusan prasarana di bawah Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



Ia mendapati kededua kementerian itu mempunyai dasar dan prosedur untuk menguruskan perkara itu dan mendapati ada amalan baik. Namun ia turut menyarankan beberapa bidang yang boleh dipertingkat, termasuk memperkukuh kawalan dan penyeliaan ke atas kontraktor supaya mematuhi syarat kontrak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >