Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH akan henti bezakan antara kes Omicron dan bukan Omicron dalam laporan harian Covid-19

Jan 21, 2022 | 06:16 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan mengubah laporan kes harian Covid-19 dan tidak akan lagi membezakan antara kes Omicron dengan bukan Omicron memandangkan jumlah jangkitan menyeluruh tidak lagi sepenting dahulu, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Jumaat (21 Januari).



Mengulas isu ini di sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menangani Covid-19, Encik Ong berkata sedang varian Omicron kini "secara jelas menguasai" gelombang jangkitan yang ada, langkah yang dibuat adalah satu perubahan dalam definisi kes dan bagaimana perangkaan disusun.



"Secara realiti, cara kita menjalani hidup kita, cara kita bertindak pada jangkitan, tiada yang berubah, hanya perangkaan dan angka yang berubah. Justeru, ia tidak mengubah situasi epidemik sebenar, yang kita alami.



"Sejak beberapa minggu lalu, kita hidup dengan Covid-19 dan varian Omicron secara agak berhati-hati dan tenang, dengan postur yang kurang disekat, di mana kita boleh bertemu dalam kumpulan lima orang...Faktanya adalah vaksinasi ini berjalan lancar dan varian Omicron menjadi kurang teruk, maka angka jangkitan baris atas menjadi kian kurang dan semakin kurang dalam respons kita pada Covid-19," tambahnya.



Encik Ong menjelaskan bahawa angka jangkitan baris atas kebanyakannya terdiri daripada mereka yang sudah menjalani vaksinasi sedang mereka mengalami tanda jangkitan ringan, yang dari sudut pandangan kesihatan awam, bukan sesuatu yang seseorang harus terlalu fikirkan.



Beliau juga telah membincangkan isu ini dengan Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, minggu lalu menerusi panggilan Zoom. Menurut Encik Ong, sudah disahihkan Dr Tedros dan pakarnya agar kita hidup seperti biasa dengan penyakit ini. 



Sebagai tambahan, dua set perangkaan akan disertakan dalam perangkaan harian. Selain kes positif yang dikesan ujian rantaian jangkitan polymerase (PCR), mereka yang berkunjung ke klinik awam dengan tanda jangkitan ringan dan mengambil ujian pantas antigen (ART) akan dikira dalam set angka berasingan. 



Encik Ong menambah apabila aturan telah dimulakan pada 6 Januari, terdapat 100 hingga 200 kes sehari yang tidak dikira di bawah perangkaan harian Covid-19.



Bagaimanapun, dengan lebih banyak kes Omicron yang lebih ringan, Encik Ong berkata lebih banyak klinik awam akan mengeluarkan protokol buat pesakit.



Kes di bawah pengelasan ini telah bertambah pesat kepada 400 hingga 500 kes sehari minggu lalu, dan lebih 1,000 kes sehari minggu ini. Justeru itu, perangkaannya akan ditambah pada pengemaskinian angka jangkitan setiap hari bagi gambaran lebih jelas mengenai situasi epidemik ini di Singapura.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >