Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH akan perbaiki prosedur ujian Covid-19 buat individu berkeperluan khas

Jun 10, 2021 | 01:59 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan memperbaiki prosedur ujian Covid-19 bagi golongan berkeperluan khas dalam satu langkah yang dialu-alukan pengasuh dan agensi sosial.



Beberapa pengasuh berkata mereka optimistik ini akan menjadi tempoh perubahan bagi sistem yang ada menjadi lebih inklusif buat mereka yang mempunyai keperluan khas.



Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam pada Rabu (9 Jun) mengatakan pegawai yang menjalankan ujian Covid-19 ini akan dilatih cara menangani golongan dengan keperluan khas. 



Dalam lampiran pos Facebook, Cik Rahayu berkata pegawai yang menjalankan ujian swab "tidak dilatih khas bagi menangani individu dengan keperluan khas".



Lantaran itu, MOH sudah mula mendapatkan khidmat karyawan yang relevan serta sukarelawan daripada Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) yang dilatih untuk bekerjasama dengan golongan berkeperluan khas, tambah Cik Rahayu.



MOH juga akan mengkaji keberkesanan ujian Covid-19 alternatif yang kurang intrusif.



Sebagai tambahan, MOH juga akan memperbaiki komunikasi antara agensi yang terlibat dalam proses kuarantin bagi menjadikannya lebih lancar buat gologan dengan keperluan khas.



Semakan MOH ini dibuat menyusuli perkongsian beberapa pengasuh yang membuatkan ramai meminta agar pihak berkuasa lakukan lebih lagi bagi membantu golongan kurang upaya ini.



"Kami memahami kesedihan (golongan pengasuh) yang dirasakan dan sangat malang apabila mereka perlu melalui pengalaman sebegitu," kata Cik Rahayu, merujuk pada dua kes baru-baru ini.



Satu kes melibatkan Cik Cindy Chee yang mempunyai anak lelaki dengan autisme berusia 18 tahun, Matthew. Matthew dilanda trauma apabila diminta menjalani ujian swab.



Satu lagi kes melibatkan guru pendidikan khas, Cik Amilia Koh, 26 tahun dan abangnya yang berusia 34 tahun yang tidak selesa selama 30 minit sewaktu ujian swab dijalankan ke atasnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >