Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH akan siar peta papar kawasan dikunjungi ramai kes Covid-19

Sep 24, 2021 | 09:44 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan menyiarkan peta yang memaparkan kawasan yang dikunjungi lebih ramai kes-kes jangkitan Covid-19 mulai 1 Oktober. Ia bertujuan sebagai panduan untuk membantu individu merancang pergerakan dan aktiviti mereka dengan lebih baik, menurut kenyataan kementerian itu semalam. 



Individu yang telah mengunjungi kawasan-kawasan ‘hotspot’ yang tersenarai pada tempoh yang sama digalakkan untuk memantau kesihatan mereka dan menjalankan ujian pantas antigen (ART) sendiri di rumah sepanjang tempoh 10 hari selepas kemungkinan terdedah kepada virus tersebut. 



Mereka juga perlu mengurangkan interaksi dengan orang lain, tambah MOH. 



Dalam pada itu, SafeEntry dan TraceTogether akan terus digunakan untuk memberitahu individu sama ada mereka merupakan kontak dekat kes jangkitan yang telah disahkan. 



Orang ramai juga akan diberitahu tentang risiko pendedahan mereka melalui Amaran Risiko Kesihatan (HRW) dan Kewaspadaan Risiko Kesihatan (HRA). 



MOH turut menggalakkan orang ramai untuk menjalani ujian Covid-19 sendiri di rumah secara kerap agar jangkitan dapat dikesan lebih awal. 



Ini memberikan ruang kepada individu yang disahkan positif untuk mengambil langkah-langkah untuk mengasingkan diri dan melindungi anggota keluarga, teman-teman dan rakan kerja. 



“Individu digalakkan untuk menggunakan kit percuma yang diagihkan seluruh Singapura untuk menjalankan ujian sendiri sebelum mengunjungi kawasan yang sesak seperti pasar dan pusat penjaja atau sebelum melawat warga emas atau kanak-kanak. 



“Mereka yang tidak dapat bekerja dari rumah atau perlu ke sekolah juga digalakkan untuk menjalankan ujian sendiri,” kata MOH. 



Syarikat dengan pekerja yang perlu hadir di tempat kerja namun tidak diwajibkan ujian rutin berjadual (RRT) boleh mendapatkan lapan kit ART bagi setiap pekerja supaya mereka dapat menjalankan ujian setiap minggu selama dua bulan. 



Tempoh permohonan dibuka sehingga 13 Oktober. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >