MOH akan tentukan definisi ‘izin maklum’ oleh doktor , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

MOH akan tentukan definisi ‘izin maklum’ oleh doktor

Mar 02, 2019 | 04:19 PM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan melasanakan “semakan menyeluruh” mengenai kandungan maklumat yang cukup untuk seseorang pesakit itu memberikan izin maklum atau ‘informed consent’. 

Menyatakan demikian dalam ucapannya hari ini, Menteri Negara Kanan (Undang-undang), Encik Edwin Tong berkata kementerian tersebut akan menubuhkan kumpulan kerja untuk “menyemak kedudukan undang-undang, serta aspek praktikal persetujuan tersebut- apa maksudnya, dan apa piawai yang ditetapkan- demi memberikan panduan yang sesuai untuk doktor,” katanya. 

Ucapan tersebut disampaikan semasa majlis di mana seramai 350 doktor mengesahkan Ikrar Perubatan untuk menjalankan tanggunjawab menjaga pesakit mereka. 

Izin maklum bermaksud apa yang perlu diketahui pesakit- termasuk manfaat dan risiko yang dikaitkan dengan pilihan rawatan yang berbeza- untuk mereka berikan persetujuan terhadap kaedah rawatan itu. 

Kementerian akan berunding dengan doktor awam dan swasta sebagai sebahagian daripada semakan. 

Berita Popular

“Bertindak berdasarkan kepentingan pesakit memang tidak harus dipertikaikan dan kekal paling utama. Apa yang kita tidak inginkan adalah amalan perubatan defensif, seperti yang saya jelaskan, apabila izin maklum itu jelas ia membantu kededua doktor dan juga pesakit.” 

Encik Tong membuat kenyataan tersebut berikutan langkah yang tidak pernah diambil oleh MOH yang meminta supaya Mahkamah Tinggi menyemak pertimbangan Majlis Perubatan Singapura (SMC).  

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map