Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH arah firma di Lower Delta Road ditutup 14 hari dek gagal patuh langkah jarak selamat

Jul 14, 2020 | 1:11 AM
Jumlah kes yang tidak berkait dalam masyarakat juga telah meningkat, daripada purata enam kes sehari dua minggu lalu kepada purata lapan kes sehari dalam seminggu terakhir. - FOTO: Fail.
Jumlah kes yang tidak berkait dalam masyarakat juga telah meningkat, daripada purata enam kes sehari dua minggu lalu kepada purata lapan kes sehari dalam seminggu terakhir. - FOTO: Fail. -

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) pada dinihari Selasa (14 Julai) berkata jumlah kes baru di masyarakat telah meningkat, daripada purata 12 kes sehari pada minggu sebelumnya, kepada purata 14 kes sehari pada minggu lalu.

Jumlah kes yang tidak berkait dalam masyarakat juga telah meningkat, daripada purata enam kes sehari dua minggu lalu kepada purata lapan kes sehari dalam seminggu terakhir, kata kenyataan MOH.

MOH juga telah mengenal pasti tiga kes melibatkan pekerja syarikat Mini Environment Service Pte Ltd (120 Lower Delta Road) sebelum ini, dan telah menyiasat syarikat tersebut jika ia mematuhi langkah pengurusan dan jarak selamat.

Oleh kerana firma itu didapati tidak mematuhi langkah tersebut, MOH telah mengarahkan agar tempat kerja mereka ditutup selama 14 hari, dari 13 Julai hingga 26 Julai (inklusif), di bawah Seksyen 19, Akta Penyakit Berjangkit untuk mencegah penyebaran virus itu di tempat kerja.

Sementara itu, 256 pesakit Covid19 telah diizinkan keluar dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg