Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH arah Hospital Concord International gantung khidmat jagaan kesihatan

Dec 26, 2020 | 08:17 PM



HOSPITAL Concord International di Adam Road diarah Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menghentikan semua khidmat penjagaan kesihatannya sejak 19 Disember.


Ini selepas ia didapati melanggar Akta Hospital Swasta dan Klinik Perubatan (PHMC) dalam beberapa bidang yang mempunyai kesan terhadap keselamatan pesakit, menurut kenyataan MOH yang dikeluarkan pada Sabtu (26 Dis).


Ini termasuk tidak mempunyai atau menyelenggarakan peralatan yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa atau merawat pesakit dengan baik di beberapa kawasan kritikal termasuk Unit Penjagaan Rapi (ICU) dan bilik pembedahan.


“(Pemeriksaan juga mendapati) mutu yang kurang dijaga di makmal serta dalam proses mengawal jangkitan dan ini mewujudkan risiko tinggi terhadap keselamatan dan kesejahteraan pesakit,” tambah MOH.


Isu-isu tersebut dikenal pasti menerusi pemeriksaan yang dijalankan terhadap hospital itu antara 14 dengan 16 Disember.


Hospital tersebut telah menghentikan khidmat penjagaan kesihatannya buat sementara waktu dan sedang bekerjasama dengan MOH untuk menyemak prosesnya.


MOH juga telah memberitahu hospital itu untuk menyemak rancangan rawatan bagi empat pesakit yang masih mempunyai janji temu doktor di bawah hospital itu supaya mereka menerima rawatan sewajarnya sehingga hospital itu diberi kebenaran untuk beroperasi semula.


Semua prasarana sektor penjagaan kesihatan awam mahupun swasta, termasuk hospital, klinik, makmal dan rumah penjagaan berlesen di bawah akta PHMC diingatkan supaya mematuhi peraturan di bawah akta itu demi memastikan keselamatan dan mutu penjagaan, kata MOH.


Semua premis berlesen juga akan diperiksa secara ad hoc dan menjalani audit bagi memastikan peraturan di bawah akta itu dipatuhi.


Premis yang didapati tidak mematuhi peraturan tersebut boleh disaman hingga $20,000 dan/atau digantung lesen.


Mulai separuh kedua tahun depan, semua prasarana penjagaan kesihatan akan bernaung di bawah Akta Khidmat Penjagaan Kesihatan baru.


Ini bertujuan memastikan pesakit terus menerima penjagaan yang baik dan selamat dalam landskap penjagaan kesihatan yang semakin berubah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >