Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH arah hospital hentikan susu formula bayi mengandungi bakteria

Aug 21, 2018 | 10:08 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah menasihatkan semua hospital pediatrik awam dan swasta supaya menghentikan penggunaan  susu formula tepung bayi  Dumex Mamil Gold Infant Formula  - Step 1 yang dikesan mengandungi bakteria Cronobacter sakazakii, dan  memberitahu MOH jika ada kes yang disyaki.



"Kami sedang memantau keadaan dengan teliti," jelas MOH dalam satu kenyataan.



Menurut MOH, ia telah dimaklumkan pada 21 Ogos 2018 bahawa susu formula tepung itu dikesan mengandungi bakteria tersebut. Susu itu digunakan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH).



Bayi berusia kurang enam bulan yang dimasukkan ke KKH dan NUH antara 1 dan 20 Ogos 2018 mungkin menerima susu itu. KKH dan NUH sedang menghubungi ibu bapa dan penjaga pesakit yang mungkin telah mengambil susu itu, menasihati mereka mengenai tindakan yang harus diambil.



Menurut MOH,  tidak ada kes jangkitan Cronobacter yang berkaitan dengan penggunaan susu formula yang dilaporkan kepada MOH tahun ini.



Ibu bapa dan penjaga bayi yang telah menggunakan susu itu  (Formula susu Dumex Mamil Gold Infant Milk - Step 1 (850g), Nombor batch 09117R1, tarikh luput 11 September 2019) harus mendapatkan rawatan segera jika bayi mereka tidak sihat.



MOH juga mengeluarkan nasihat kesihatan.



Ia menjelaskan bahawa Cronobacter sakazakii adalah bakteria yang terdapat dalam alam sekitaran yang dapat bertahan dalam keadaan kering, dalam makanan kering seperti susu formula bayi dan susu tepung. Ia tidak boleh tersebar dari orang ke orang.



Jangkitan Cronobacter umumnya jarang berlaku. Apabila dikait dengan jangkitan serius seperti meningitis pada bayi, ia boleh membawa maut. Ia juga boleh menyebabkan penyakit serius di kalangan orang yang mempunyai keadaan imunokompromi dan warga tua.



Bayi dengan jangkitan Cronobacter mungkin menunjukkan tanda-tanda seperti demam, menangis, kurang selera makan atau kelesuan. Sesetengah mungkin juga mengalami kejang. Masa inkubasi adalah antara 4 hingga 9 hari, tetapi mungkin sehingga 21 hari. Jangkitan Cronobacter boleh dirawat dengan antibiotik.



Langkah utama mencegah jangkitan Cronobacter terletak pada penjagaan kebersihan yang betul dan penyediaan susu formula. Untuk mengurangkan risiko jangkitan, amalan berikut harus dijaga:



* Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum mengendalikan barang-barang (contohnya botol susu, puting, dan makanan) yang akan bersentuhan dengan mulut bayi dan selepas menggunakan tandas atau menukar lampin.



* Mencuci bersih barangan untuk menyuap bayi (seperti botol susu, pengepan susu ibu, perkakas untuk makan) dengan air panas dan sabun atau steriliser komersial (mengikut arahan pengilang).



* Sediakan susu formula bayi dalam persekitaran yang bersih, dan pastikan kebersihan kotak kontena susu bayi, penutup dan sudu.



* Beri bayi susu yang baru disiapkan - menggunakan air panas untuk menyediakan susu formula bayi boleh membunuh Cronobacter sakazakii dan bakteria lain dalam formula.



* Didihkan air dan biarkan sejuk hingga tidak kurang daripada 70 ° C sebelum tuang ke botol yang sudah disteril. Untuk mencapai suhu ini, air tidak harus terbiar melebihi 30 minit selepas mendidih.



* Gunakan susu formula yang disediakan dalam tempoh dua jam. Jika bayi mengahabiskannya, buang bakinya.



* Jika susu formula yang disediakan tidak terus diminum, simpan dengan serta-merta dalam peti sejuk dan gunakannya dalam masa 24 jam.



* Apabila tidak pasti jika susu yang sudah disediakan masih segar, buang sahaja.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >