Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Kementerian Kesihatan bakal larang sumber utama lemak trans sintetik dalam makanan jelang Jun 2021

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kementerian Kesihatan bakal larang sumber utama lemak trans sintetik dalam makanan jelang Jun 2021

Jun 06, 2019 | 07:37 PM

MINYAK yang menjalani proses hidrogenasi atau partially hydrogenated oils (PHO), sumber utama lemak trans sintetik, akan dilarang sebagai bahan dalam semua makanan yang dijual di Singapura bermula Jun 2021.

Ini termasuk semua makanan pra-bungkus seperti biskut, cip kentang dan mi segera, termasuk yang dihasilkan di luar negara, menurut laporan The Straits Times.

Produk lain yang berkemungkinan mengandungi PHO termasuk makanan segera beku yang sedia dimakan, kek dan pastry, krim minuman dan campuran minuman tiga-dalam-satu dan mentega kacang.

Demikian diumumkan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik AmrinAmin, semasa lawatannya ke Pasar raya Sheng Siong di Junction 10 di Woodlands Road hari ini (Khamis, 6 Jun).

Lemak trans digunakan dalam pembuatan makanan dan restoran kerana ia meningkatkan rasa dan ketahanan makanan yang diproses tetapi kajian menunjukkan ia meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Negara lain seperti Amerika Syarikat, Thailand dan Kanada turut melarang PHO.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3