Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH: Bantuan disediakan bagi pesakit Covid-19 kurang upaya pulih di rumah

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



PESAKIT Covid-19 yang kurang upaya dan layak pulih di rumah akan dipadankan dengan pengurus penjagaan pemulihan rumah yang akan menghubungkan mereka dengan pelbagai perkhidmatan dan sumber masyarakat.



Penyedia teleperubatan juga akan dimaklumkan tentang ketidakupayaan mereka supaya mereka boleh berkomunikasi dengan lebih baik dengan pesakit menggunakan kaedah yang paling sesuai, seperti menentukan sama ada terdapat keperluan berjumpa dengan pesakit secara bersemuka.



Kementerian Kesihatan (MOH) juga bekerjasama dengan agensi lain seperti Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Agensi Penjagaan Bersepadu untuk menyokong pesakit-pesakit ini.



Jurucakap MOH menambah, pesakit Covid-19 kurang upaya yang tidak mempunyai penjaga bukan kurang upaya di rumah akan dihantar ke kemudahan penjagaan dan rawatan sesuai.



Sementara itu, kumpulan masyarakat dan golongan kurang upaya juga telah ke hadapan untuk membantu pesakit Covid-19 kurang upaya, lapor The Straits Times.



Sejak Oktober lalu, SG Assist, sebuah perusahaan sosial yang menghubungkan sukarelawan dengan orang kurang upaya, telah membantu sekitar 29 orang kurang upaya seperti mereka yang buta, pekak dan pesakit strok, berkenaan isu berkaitan pemulihan di rumah.



Misalnya, ia menghubungkan pesakit buta dengan rakan kerja teleperubatan yang akan menghantar pakar penjagaan kesihatan ke rumah pesakit itu untuk melakukan ujian swab secara percuma.



Persatuan Orang Cacat Penglihatan Singapura (SAVH) telah bekerjasama dengan SG Assist untuk membantu orang buta menjalani ujian Covid-19.



Yayasan Tan Chin Tuan juga telah menderma $10,000 kepada SAVH untuk membeli kit ART.



Ini kerana sesetengah orang buta menghadapi masalah kewangan atau sukar untuk membeli kit sedemikian dari kedai sendiri, kata jurucakap SAVH.



Sementara itu, Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf) dan Pusat Sumber Autisme menyarankan pihak berkuasa menubuhkan saluran komunikasi berasaskan teks seperti dengan menghantar mesej melalui telefon bimbit atau mengadakan ruang teks di chat video sebagai pilihan bagi orang pekak dan mereka yang kurang kemampuan memahami maklumat secara lisan.



Dalam pada itu, MOH melaporkan 747 kes baru jangkitan Covid-19 pada Ahad, turun dari 1,761 kes pada hari sebelumnya.



Ia merupakan kali pertama sejak 20 September 2021 bilangan kes berada di bawah 1,000.



Seramai 11 individu berusia antara 67 dengan 98 tahun meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, kebanyakan daripada mereka mempunyai masalah kesihatan lain sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >