Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH beri pengesahan kes cacar monyet pertama di S’pura

May 10, 2019 | 10:41 AM



 





KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengesahkan satu kes jangkitan cacar monyet atau monkeypox  di Singapura, melibatkan warga Nigeria yang tiba di sini bulan lalu untuk menghadiri suatu bengkel.



Lelaki berusia 38 tahun itu diuji positif dijangkiti virus penyakit yang jarang berlaku itu pada Rabu (8 Mei) kata MOH pada Khamis.



Ini adalah kes cacar monyet pertama dilapor di sini, dan biasanya virus ini menjangkiti manusia menerusi haiwan.



Warga Nigeria itu kini sedang dirawat di wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID), dan berada dalam keadaan stabil.



Sementara itu, 22 daripada 23 individu telah dikenal pasti telah berhubungan rapat dengan pesakit itu dan mereka kini sedang dikuarantin - satu langkah pencegahan.



Individu terakhir, yang juga menghadiri bengkel itu, telah meninggalkan Singapura pada 5 Mei, sebelum pesakit itu didapati dijangkiti cacar monyet. Beliau telah memberitahu MOH bahawa beliau dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang simtom.



“Namun, sebagai pencegahan, MOH telah memberitahu penguasa kesihatan awam di negaranya,” kata MOH.



Tambah MOH, walau penyakit itu boleh berjangkit antara manusia dengan manusia, risiko penularannya secara sedemikian adalah rendah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >