Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

MOH buat laporan polis, dakwa operator ambulans swasta beri gambaran salah

Setempat
27
0

MOH buat laporan polis, dakwa operator ambulans swasta beri gambaran salah

Feb 08, 2021 | 10:04 PM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah membuat laporan polis ke atas Khidmat Ambulans Darurat Singapura (Seas) kerana dakwaan menyalahgambarkan ia mewakili pelbagai hospital awam dan swasta dalam senarai dalam taliannya.

Laporan ini dibuat menyusuli maklum balas bahawa hasil pencarian dalam enjin carian bagi ambulans daripada sekurang-kurangnya enam hospital membawa pada nombor telefon operator privet ini, kata MOH dalam kenyataan pada Isnin (8 Februari).

Hospital yang terjejas termasuk Hospital Besar Changi, Hospital Khoo Teck Puat, Hospital Besar Ng Teng Fong, Hospital Raffles, Hospital Besar Singapura dan Hospital Tan Tock Seng.

"Memandangkan Seas tidak mendapat pengesahan hospital dalam senarai di atas ini dan tiada keizinan bagi menggerakkan sebarang 'ruang khidmat ambulans' atau 'ruang ambulans' bagi pihak mereka, MOH telah membuat laporan polis mengenai salah gambaran ini," kata MOH.

Pihak polis sedang menyiasat perkara ini.

"MOH juga mempertimbangkan kemungkinan merujuk isu ini kepada Suruhanjaya Saingan dan Pengguna Singapura," kata MOH.

Pada 2018, MOH mengenalkan Skim Pentaulahian Sukarela bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pesakit terjamin dengan mempertingkat mutu khidmat operator ambulans.

Bagi menjadi sebahagian skim ini, operator ambulans swasta mesti memenuhi ketetapan yang diberi termasuk protokol menyelamatkan nyawa dan kawalan jangkitan. Seas tidak menyertai skim ini.

Seandainya orang awam ingin mendapatkan khidmat ambulans swasta, MOH menasihati mereka agar merujuk kepada Direktori Institusi Jagaan Kesihatan di laman beralamat http://hcidirectory.sg/hcidirectory/ bagi mendapatkan operator ambulans swasta yang bertauliah di bawah Skim Pentauliahan Sukarela ini.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3