Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH henti beri maklumat terperinci mengenai kes Covid-19 dalam masyarakat

Jun 30, 2021 | 10:37 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) tidak akan mendedahkan maklumat mengenai kes baru COvid-19 yang dikesan dalam masyarakat setelah negara ini menuju ke fasa baru bagi menangani pandemik ini, katanya dalam satu kenyataan pada Selasa (29 Jun).



Maklumat mengenai umur dan pekerjaan pesakit serta tempat yang dikunjungi dan tarikh yang mereka diuji positif, tidak akan diberikan.



Sebaliknya, maklumat harian terkini oleh MOH akan merangkumi kemajuan dalam skim vaksin di negara ini, termasuk jumlah kes harian. Ia juga akan memberikan perincian jumlah orang yang mengalami penyakit yang teruk, dan status vaksinasi mereka. Keputusan ini dilakukan oleh pasukan bertindak antara kementerian (MTF) untuk mengatasi pandemik ini, kata MOH.



Menambah, MOH menyatakan ia akan “memberikan lebih banyak tumpuan untuk mencegah penularan virus, memvaksinasi penduduk dan memulakan proses untuk beralih ke norma yang baru” ketika negara ini menuju ke fasa baru dalam perjuangannya menentang Covid-19.



“Selain jumlah harian, kami akan memberikan maklumat mengenai trend setempat utama, kelompok yang diperhatikan, kemajuan vaksin dan jumlah orang yang mengalami sebarang bentuk penyakit teruk,” kata kenyataan itu.



Sebanyak 3.28 juta orang di Singapura telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin sejak 30 Disember tahun lepas, dengan sekitar 5.38 juta dos yang telah diberikan sejauh ini. Ini bermakna bahawa 57.5 peratus penduduk Singapura telah menerima satu dos vaksin sementara 36.8 peratus - sekitar 2.1 juta orang - telah menyelesaikan kededua dos vaksin yang penuh.



Hingga tengah hari semalam (29Jun), 49,445 telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 sementara 5,298 diberikan suntikan kedua di bawah program vaksin kebangsaan. Dalam kenyataan MOH, ia membuktikan bahawa vaksin dapat membantu mencegah penyakit yang serius bagi mereka yang telah dijangkit.



Selama 28 hari baru-baru ini, sebanyak 23 kes tempatan memerlukan oksigen, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), atau meninggal dunia. Dalam golongan ini, 20 orang tidah divaksin sementara dua hanya divaksin dengan satu dos sahaja. Baki pesakit divaksin penuh tetapi sudah sakit sebelum menjangkiti virus itu, kata MOH. Sebanyak 129 pesakit koronavirus telah dimasukkan ke hospital semalam.



Sebilangan besar antara mereka dalam keadaan baik dan dalam pemerhatian. Terdapat tiga pesakit dalam keadaan kritikal di ICU. Mereka bertiga berusia lebih dari 60 tahun dan tidak divaksin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >