Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH: Kesilapan IT sebab subsidi Chas 7,700 orang disalah kira

Feb 16, 2019 | 06:44 PM



Sekitar 7,700 orang yang memohon dan memperbaharui kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas)  pada September dan Oktober tahun lalu, menerima subsidi jagaan kesihatan kurang tepat yang disebabkan kesilapan sistem komputer.



Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan, pada Sabtu (16 Februari), bahawa sistem komputer, yang dikendalikan NCS, telah tersilap menghitung keputusan ujian-upaya (means-test) milik 7,700 individu itu, yang merangkumi 17 peratus pemilik kad Chas.



Permohonan dan pembaharuan diproses dari 18 September hingga 10 Oktober tahun lalu.



Menurut MOH, peringkat ujian-upaya dan subsidi bagi individu yang terjejas telah dibetulkan pada Sabtu. Mereka yang terjejas tidak perlu berbuat apa-apa.



 Sekitar 1,300 individu menerima subsidi lebih rendah ekoran kesilapan itu. Kumpulan ini akan diberikan baki subsidi yang sewajarnya, kata MOH.



Lagi 6,400 individu menerima subsidi lebih tinggi, tetapi mereka tidak perlu memulangkan subsidi berlebihan itu, tambahnya.



Sistem ujian-upaya menghitung subsidi jagaan kesihatan yang layak diterima individu berdasarkan maklumat gaji mereka. Subsidi jagaan kesihatan diuji-upaya, supaya individu dari keluarga gaji lebih rendah menerima sokongan kewangan lebih tinggi.



MOH berkata ia pertama kali mengesan kesilapan dalam keputusan ujian-upaya milik seorang pemegang kad Chas pada 24 September.



Pasukan yang memproses Chas memberitahu NCS dengan serta-merta, tetapi isu itu pada mulanya dianggap tercetus kerana masalah rangkaian hubungan yang terputus.



Namun, pada November, siasatan NCS menunjukkan kesilapan itu bersumber dari versi sofwe di server komputer yang digunakan oleh sistem ujian-upaya itu. Ia berlaku apabila sistem itu dialihkan ke pangkalan data pemerintah yang lain pada September.



Justeru, keputusan ujian-upaya itu dihitung tanpa mengambil kira maklumat gaji, kat MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >