Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH lancar khidmat asas baru di pusat jagaan warga tua

MOH
Dec 08, 2020 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan melancarkan perkhidmatan asas baru di pusat penjagaan warga tua untuk berkhidmat kepada warga emas di seluruh negara.



Sebagai sebahagian perkhidmatan itu, setiap pusat penjagaan warga tua akan menjadi tempat bagi semua warga emas dalam masyarakatnya untuk kunjung dan ia menyediakan pelbagai khidmat terdiri daripada program penuaan aktif, berkawan atau berdamping serta maklumat dan rujukan ke khidmat penjagaan.



Perkhidmatan baru itu akan dilaksanakan secara bertahap mulai 2021, umum MOH dalam kenyataannya semalam.



Kini, terdapat sekitar 130 Pusat Kegiatan Warga Emas yang menyediakan program sokongan sosial, pencegahan kesihatan dan penuaan aktif terutamanya kepada penduduk di flat sewa dan apartmen studio.



Di samping itu, terdapat kira-kira 150 Pusat Penjagaan Warga Emas dan Hab Penuaan Aktif yang memenuhi keperluan warga emas yang lebih lemah dan memerlukan khidmat jagaan tambahan seperti penjagaan pada waktu hari atau pemulihan masyarakat.



Untuk meningkatkan sokongan kepada warga emas di negara ini tidak kira jenis perumahan mereka atau tahap kelemahan, perkhidmatan asas baru itu akan dilancarkan kepada pusat penjagaan warga emas itu secara bertahap.



Menerusi pusat-pusat itu, MOH berkata golongan ini boleh menantikan program tetap dalam masyarakat mereka dan peluang kesukarelawanan untuk membantu warga emas lain.



Pusat itu juga akan mendekati warga emas secara proaktif bagi memastikan keperluan mereka ditangani dengan segera.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Kedua Kesihatan, berkata dengan model perkhidmatan baru itu, warga emas akan mempunyai lebih peluang untuk kekal aktif dan mengambil tanggungjawab sendiri bagi kesihatan mereka.



"Warga emas dan penjaga mereka akan juga dapat menavigasi sokongan sosial dan sokongan yang tersedia dengan lebih baik," katanya.



Pusat penjagaan warga tua akan menggunakan model baru itu secara bertahap mulai Mei 2021 hingga 2024.



Ini akan memberikan pusat-pusat itu waktu cukup untuk meningkatkan sumber mereka dan keupayaan sebelum berpindah kepada model baru tersebut.



MOH juga akan mengambil kira maklum balas daripada pihak berkepentingan untuk memperhalus model tersebut serta khidmatnya.



MOH dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) telah mendekati pusat penjagaan warga tua mengenai model itu sejak November tahun ini dan akan bekerjasama dengan mereka untuk memudahkan peralihan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >