Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH larang kunjungan pelawat ke wad mulai 5-18 Ogos dengan beberapa pengecualian termasuk ibu bersalin

Aug 04, 2021 | 04:58 PM



KUNJUNGAN ke wad hospital tidak akan dibenarkan mulai Khamis (5 Ogos) hingga 18 Ogos bagi mengurangkan jangkitan Covid-19 yang berpotensi menular di situ. 



Langkah itu diambil setelah Kementerian Kesihatan (MOH) mengesan lebih banyak kes masyarakat baru-baru ini, termasuk dalam kalangan kakitangan dan pesakit hospital. Kelompok Covid-19 terbentuk di Hospital Besar Changi dan Hospital Masyarakat Yishun sejak Ahad.



Dalam satu kenyataan pada petang Rabu, MOH berkata empat kumpulan pesakit bagaimanapun dikecualikan bagi peraturan ini mengikut keadaan dan kes mereka.



Mereka termasuk pesakit yang sangat sakit, pesakit bayi atau kanak-kanak serta ibu yang bakal melahirkan atau telah melahirkan.



Pesakit yang memerlukan sokongan jagaan tambahan daripada pengasuh juga dikecualikan daripada undang-undang tidak boleh melawat ini.



MOH menambah ini meliputi pengunjung yang membantu pesakit dengan ketidakmampuan mental dan anggota keluarga yang menjalani latihan pengasuh bagi lebih berupaya menjaga orang tersayang dengan lebih baik lagi selepas dibenarkan pulang dari hospital.



Kumpulan pesakit ini boleh dikunjungi seorang pengunjung setiap hari bagi tempoh tidak melebihi 30 minit.



MOH berkata: "Bagi pesakit yang tenat, sehingga lima pengunjung yang ditetapkan terlebih dahulu boleh berdaftar dengan jumlah maksimum dua pengunjung bertemu pesakit pada satu masa, tidak melebihi 30 minit bagi setiap kunjungan."



Pengunjung yang perlu berada di situ melebihi 30 minit atas sebab menjalani latihan mengasuh akan dibenarkan berbuat demikian hanya selepas mereka diuji negatif atau menjalani ujian pantas antigen yang dipantau pihak hospital.



Mereka harus menjalani ujian berkenaan bagi tempoh maksimum 24 jam sebelum kunjungan.



MOH menambah pengunjung ke hospital harus tidak menggunakan tandas pesakit, duduk atas katil atau makan dan minum di wad pesakit.



Semua pengunjung juga harus menggunakan pelitup dengan keupayaan penyerapan yang baik setiap masa, kata MOH.



Ini termasuk pelitup bedah dan pelitup yang boleh digunakan semula yang diperbuat daripada dua lapisan fabrik.



MOH juga berkata semua pesakit yang belum menjalani vaksinasi akan ditemui kakitangan hospital bagi mendapatkan vaksin Covid-19 jika keadaan mereka mengizinkan.



Mereka yang telah diberi suntikan vaksin pertama di hospital juga dinasihati agar kembali ke hospital yang sama bagi suntikan dos kedua, tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >