Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

MOH: Lebih 350 klinik dibuka sepanjang Hari Raya Cina

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

MOH: Lebih 350 klinik dibuka sepanjang Hari Raya Cina

Feb 05, 2016 | 03:33 PM

Lebih 350 klinik akan beroperasi pada pelbagai masa sepanjang cuti awam Tahun Baru Cina dari Ahad (7 Feb) hingga Selasa depan, umum Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (5 Feb).

"MOH ingin menggalak orang ramai yang berasa tidak sihat semasa sambutan pergi berjumpa doktor atau klinik 24 jam bagi keadaan tidak mengancam nyawa dan tidak serius," kata kementerian itu.

Ia menambah bahawa rawatan perubatan di jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) hospital harus didapatkan hanya sekiranya berlaku kecemasan serius, seperti sakit dada, sesak nafas dan pendarahan tidak terkawal.

Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat lain yang memerlukan lawatan ke jabatan A&E boleh didapati di laman web Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB).

MOH juga mengingatkan orang ramai supaya makan secara sederhana dan terus bersenam untuk kekal sihat sepanjang tempoh cuti.

Senarai klinik yang dibuka semasa Tahun Baru Cina boleh didapati melalui:

- Laman web MOH

- Direktori Institusi Jagaan Kesihatan Berlesen MOH

- Agensi bagi Jagaan Bersepadu (AIC)

- Laman web Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas); dan

- Aplikasi mobil iHealthSg MOH yang boleh dimuat turun melalui iTunes atau Google Play Store

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3