Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH luaskan ujian Covid-19 untuk rangkumi pemandu teksi, kereta sewa dan penghantar makanan

Aug 29, 2020 | 06:59 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan meluaskan ujian Covid-19 untuk merangkumi beberapa golongan tertentu dalam masyarakat dalam minggu-minggu akan datang.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kementerian tersebut berkata antara golongan yang disasarkan buat masa kini termasuk pemandu teksi, pemandu kereta sewa, penghantar makanan, vendor utama yang menawarkan khidmat kepada dormitori pekerja, serta pegerai di kedai kopi, pasar dan tempat makan dan minum.


“Walaupun tiada bukti golongan ini lebih terdedah kepada risiko dijangkiti, MOH akan menawarkan ujian ini kepada mereka berdasarkan persekitaran kerja, seperti kekerapan interaksi dengan masyarakat awam," jelas kenyataan itu. 


Selain itu, menyusuli pertikaian berkaitan keberkesanan penutup muka berbeza seperti bandana, selendang, dan penutup leher, kenyataan itu juga menekankan bahawa penutup muka seperti itu tidak seharusnya digunakan.


Ini kerana ia tidak dapat menutup hidung dan mulut pemakai sepenuhnya dan dibuat dari bahan yang tidak dikhaskan untuk mencegah jangkitan.


Tambah kenyataan itu: “Untuk memastikan kadar jangkitan dalam masyarakat kekal rendah, penting untuk setiap anggota masyarakat awam untuk memakai pelitup yang dikhaskan untuk mencegah jangkitan.


“Pelitup muka harus dipakai supaya ia menutup hidung dan mulut dengan penuh, tanpa ruang antara pelitup itu dengan muka pemakai.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >