PENUMPANG yang tiba di Singapura melalui laluan udara dari kawasan di Timur Tengah yang terjejas dengan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) akan diperiksa bagi mengesan demam bermula Ahad ini.
Dalam satu taklimat media semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata langkah terbaru memeriksa penumpang ialah langkah berjaga-jaga tambahan bagi mengesan Mers pada peringkat awal.