Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH: Pesakit yang maut hidap diabetes, belum divaksin

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK tetap yang berusia 44 tahun yang menjadi mangsa ke-35 maut di sini akibat Covid-19 didapati menghidap diabetes.



Beliau juga belum menjalani vaksinasi, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya lewat kelmarin.



Menurut MOH, lelaki itu dimasukkan ke Hospital Alexandra pada 25 Mei dan disahkan mempunyai jangkitan Covid-19 pada hari selanjutnya.



"Beliau belum diberi vaksin Covid-19, dan mempunyai sejarah diabetes," kata MOH.



Hospital Alexandra telah menghubungi keluarganya dan sedang menghulurkan bantuan kepada mereka, tambah kementerian itu.



Sementara itu, operasi ujian khas akan dijalankan bagi semua kakitangan di pasar raya FairPrice di 166 Bukit Merah Central, kata kementerian itu. Ini dalam usaha memutuskan sebarang penularan masyarakat yang tidak dikesan setelah kes jangkitan Covid-19 ditemui dalam kalangan mereka yang telah mengunjungi pasar raya itu.



"Kami juga akan meluaskan ujian Covid-19 percuma kepada anggota awam yang telah mengunjungi FairPrice di 166 Bukit Merah Central antara 3 Jun dengan 21," kata MOH.



Lima orang lagi ditambah kepada kelompok Pasar dan Pusat Makanan Bukit Merah View, kata MOH malam kelmarin.



Ini membawa jumlah kes keseluruhan dalam kelompok itu kepada 78.



Lima kes baru dalam kelompok itu merupakan antara 10 kes baru yang mempunyai kaitan yang diumumkan kelmarin.



Terdapat juga tiga kes tiada kaitan dan tiga kes diimport yang disahkan kelmarin, bagi 16 kes baru secara keseluruhan.



Antara kes tiada kaitan ialah seorang wanita berusia 33 tahun yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Mount Elizabeth Novena tetapi tidak terlibat dalam penjagaan pesakit secara langsung.



Wanita itu, seorang penduduk tetap, bekerja kali terakhir Khamis lalu, dan mengalami sakit tekak dan selesema Jumaat lalu sebelum mendapatkan rawatan perubatan di klinik keesokan harinya.



Beliau menjalani ujian pantas antigen (ART) dan ujian reaksi berantai polimerase (PCR). Keputusan ART adalah negatif bagi Covid-19, tetapi ujian PCR beliau positif Ahad lalu.



"Ujiannya yang lebih awal dari ujian rutin berjadual (RRT) - yang terakhir pada 7 Jun - adalah negatif bagi jangkitan Covid-19," kata kementerian itu.



Ujian serologi beliau, yang menentukan seberapa baru jangkitanya mungkin berlaku, sedang menunggu keputusan.



Kementerian itu menambah bahawa beliau menerima dos vaksin pertamanya pada 13 Januari dan dos kedua pada 4 Februari.



Lagi dua kes tiada kaitan ialah seorang penghantar Foodpanda berusia 29 tahun dan seorang pekerja domestik asing dari Filipina berusia 38 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >