Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH pilih 24 institusi penjagaan kesihatan privet untuk tawar vaksin Sinovac

Jun 16, 2021 | 11:37 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah memilih 24 institusi penjagaan kesihatan swasta di sini untuk menawarkan vaksin Sinovac-CoronaVac di bawah Laluan Akses Khusus (SAR).



Institusi-institusi ini akan menggunakan stok sedia ada MOH dan boleh memberikan vaksin itu kepada warga dan penduduk tetap Singapura serta pemegang pas jangka panjang.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (16 Jun), MOH berkata, vaksin itu diberikan kepada 24 institusi tersebut tanpa kos, oleh itu, individu yang mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 mereka daripada institusi tersebut tidak seharusnya membayar apa-apa bagi kos vaksinasi.



"Bayaran pentadbiran vaksinasi yang disenaraikan juga termasuk konsultasi dan 7% GST, jadi tidak boleh ada biaya tambahan (melebihi bayaran pentadbiran vaksinasi yang disenaraikan) yang dikenakan oleh penyedia ini," kata MOH.



Ini berkisar antara $10 dengan $25, tambah kementerian tersebut.



"Oleh kerana vaksin Sinovac-CoronaVac Covid-19 tetap tidak didaftarkan dan tidak dibenarkan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk digunakan di bawah Laluan Akses Khas Pandemik, ia hanya akan disediakan di bawah kerangka SAR, dan oleh itu tidak akan dilindungi Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP) yang disediakan bagi program vaksinasi nasional kami," jelas MOH.



Antara institusi yang dibenarkan memberi vaksin Sinovac di sini termasuk Braddell Medical Clinic, HeartlandHealth (Bedok South) dan Pinnacle Family Clinic (Pasir Ris).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >