Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH sahkan kes import cacar monyet di S'pura

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengesahkan kes import cacar monyet, atau monkeypox, di Singapura.



Pesakit itu seorang lelaki warga Britain berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pramugari dan berada di Singapura antara 15 dengan 17 Jun dan sekali lagi pada Ahad ketika beliau terbang masuk dan keluar, kata MOH kelmarin malam.



Beliau disahkan positif cacar monyet pada Isnin dan kini dirawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Menurut MOH, beliau dalam keadaan stabil.



Pengesanan kontak sedang dijalankan.



Seramai 13 kenalan rapatnya telah dikenal pasti kelmarin.



Semua kenalan rapat akan diletak di bawah kuarantin selama 21 hari sejak hubungan terakhir mereka dengan pesakit.



Dua kenalan berisiko rendah juga telah diletak di bawah pengawasan telefon, kata MOH.



Mereka yang berada di bawah pengawasan telefon akan menerima panggilan telefon setiap hari sepanjang 21 hari untuk memantau sebarang permulaan gejala penyakit itu.



Jika disyaki dijangkiti, mereka akan segera dibawa ke NCID untuk penilaian lanjut dan pengasingan bagi mengelakkan penularan selanjutnya.



Ini jangkitan cacar monyet import pertama yang dikesan di Singapura sejak 2019, apabila seorang lelaki Nigeria disahkan positif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >