Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

MOH sangkal dakwaan ada varian baru Covid-19

May 20, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Singapura menolak dakwaan seorang ahli politik di India, yang dilaporkan oleh beberapa cawangan media, mengenai jenis Covid-19 baru di Singapura.



"Tidak ada kebenaran sama sekali dalam kenyataan yang terdapat dalam laporan-laporan itu. Tidak ada 'varian Singapura'," kata jurucakap MOH kelmarin.



"Jenis yang tersebar luas dalam banyak kes Covid-19 dalam beberapa minggu kebelakangan adalah varian B16172, yang berasal dari India. Ujian filogenetik telah menunjukkan varian B16172 ini dikaitkan dengan beberapa kelompok di Singapura," tambah jurucakap itu.



Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal dalam satu kiriman di Twitter dalam bahasa Hindi kelmarin meminta pemerintah India agar membatalkan penerbangan dengan Singapura, dan mendakwa Covid-19 "jenis baru" boleh menyebabkan gelombang jangkitan ketiga di India.



"Bentuk Korona baru yang datang ke Singapura dikatakan sangat berbahaya ke atas kanak-kanak, di India ia boleh datang sebagai gelombang ketiga. Rayuan saya kepada pemerintah pusat adalah agar perkhidmatan udara dengan Singapura dibatalkan serta-merta dan mengutamakan pilihan untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak secepat mungkin," tulisnya.



Komennya itu diterbitkan oleh, antara lain, Hindustan Times di India dalam sebuah laporan yang berjudul "Varian Koronavirus yang ditemui di Singapura boleh menjadi gelombang ketiga India, sangat berbahaya bagi kanak-kanak, Arvind Kejriwal beri amaran".



Ia juga dilaporkan oleh penyiar India NDTV, dengan tajuk berita "Hentikan Penerbangan Singapura: Arvind Kejriwal Tumpu Kepada Jenis Kovid Baru".



Kenyataan tersebut mendorong Menteri Penerbangan India Hardeep Singh Puri untuk berkata dalam satu kiriman di Twitter bahawa tidak perlu untuk risau, kerana penerbangan antarabangsa ke India telah dihentikan sejak Mac tahun lalu.



Beliau juga berkata Singapura tidak mempunyai gelembung perjalanan udara dengan India.



"Kami membawa pulang orang India yang terkandas di sana dengan beberapa penerbangan Vande Bharat. Mereka adalah rakyat kami sendiri. Kami masih memerhatikan keadaan. Semua langkah berjaga-jaga diambil," katanya, merujuk kepada penerbangan membawa pulang rakyat.



Jenis B1617 pertama kali dilaporkan di India Oktober lalu dan sejak itu dikesan di puluhan negara lain, termasuk Singapura.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengklasifikasikannya sebagai varian "yang menimbulkan keprihatinan".



Jenis B16172 adalah di bawah jenis B1617, dan dikaitkan dengan kelompok Hospital Tan Tock Seng dan Lapangan Terbang Changi.



India mempunyai bilangan kes Covid-19 kedua tertinggi di dunia, selepas Amerika Syarikat.



Kelmarin, jumlah kes melonjak melebihi 25 juta, sementara jumlah kematiannya hampir 280,000.



Menteri Negara Kanan Pengangkutan Encik Chee Hong Tat dalam satu kiriman di Facebook berkata: "Sangat mengecewakan apabila melihat kata-kata bukan-bukan seperti itu datang daripada Ketua Menteri Kejriwal."



Pengguna Twitter telah mengecam Encik Kejriwal di atas dakwaannya itu.



"Jenis di Singapura adalah B1617... sama dengan jenis India... Singapura telah menutup sempadan dan menggantung penerbangan ke/dari India," tulis Encik Manish Sharma di Twitter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >